IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Perak.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan, yang dijangka siap tahun ini.
"Peruntukan ini akan menjadikan bandar raya Ipoh lebih selamat memandangkan kawasan yang terang kadar jenayahnya pun kurang.
"Sumbangan RM10,000 turut diberikan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk menggantikan kelengkapan pejabat termasuk penyaman udara yang rosak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Panggong Silver Star dan Pesta Tanglung Kampung Simee 2023, di sini, pada Ahad.
Pada 4 Sept lepas, Nga mengumumkan KPKT meluluskan sejumlah peruntukan bernilai RM68 juta kepada 15 PBT di Perak menerusi Peruntukan Pembangunan BP1 merangkumi projek bina baharu kemudahan, menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam.
Dalam pada itu, beliau berkata, Pesta Tanglung Kampung Simee 2023 yang berjaya menarik lebih 15,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini akan dimasukkan ke dalam acara rasmi Tahun Melawat Perak 2024.
"Petang tadi saya telah berbincang dengan Exco Pelancongan Perak dan beliau setuju supaya pesta tanglung ini dimasukkan sebagai acara rasmi Tahun Melawat Perak.
"Saya rasa ini satu penonjolan kepelbagaian budaya yang sangat menarik khususnya untuk pelancong negara asing," katanya.
Menurut Nga, projek pembangunan semula warisan sejarah Panggong Silver Star yang dahulunya dikenali Happy Cinema pada sekitar 1950-an pula dapat mewujudkan sebuah lagi destinasi pelancongan warisan di bandar raya ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Sep 24 2023

Nga Kor Ming berkata, sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan, yang dijangka siap tahun ini. - Gambar fail/Bernama

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.
Situasi di Gaza pembunuhan besar-besaran
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, mengutuk situasi di Gaza sebagai pembunuhan besar-besaran.
Angka korban di Gaza cecah 17,000
Pencerobohan Israel di Gaza menyebabkan ratusan lagi rakyat Palestin terbunuh menjadikan angka korban kini melebihi 17 ribu orang, pada Khamis.

KPKT peruntuk RM60.1 juta untuk program Sentuhan Kasih di Sarawak
Peruntukan membabitkan 360 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam bagi mempertingkat keselesaan dan keselamatan penduduk.

EU kecam serangan Israel ke atas infrastruktur awam
Charles Michel sifatkan serangan ke atas infrastruktur awam sebagai pencabulan jelas ke atas undang-undang antarabangsa.

Gempa bumi di Afghanistan: Tiada rakyat Malaysia terkesan secara langsung - Wisma Putra
Tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan mengalami kecederaan atau menerima kesan secara langsung akibat kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Herat di Afghanistan pada 7 Okt.

KPKT salur peruntukan tambahan RM2 juta kepada PBT Perak
Sebanyak RM1 juta daripadanya diperuntuk kepada Majlis Bandaraya Ipoh bagi kerja-kerja pemasangan lampu jalan khususnya di kawasan perumahan.

Perkenal kaedah moden untuk lonjakkan produktviti pembinaan - MPC
Pendekatan dalam bentuk kaedah pembinaan yang moden perlu diperkenalkan bagi melonjak pertumbuhan projek-projek infrastruktur awam dan pembangunan perumahan mampu milik.

RM10.73 juta naik taraf kemudahan di Tambun, Ipoh, Taiping dan Teluk Intan
Menteri KPKT Nga Kor Ming berkata semua projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

Program Sentuhan Kasih KPKT peruntuk RM8.24 juta untuk Selangor
Enam buah projek naik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam dilaksanakan di kawasan seliaan MPKj dan MBSJ.

KPKT peruntuk lebih RM36 juta naik taraf, selenggara infrastruktur awam di Kedah
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM36.34 juta bagi melaksanakan 95 projek menaik taraf dan menyelenggara infrastruktur awam di Kedah, tahun ini.

Jumlah kerugian akibat banjir tahun lalu cecah RM622.4 juta - DOSM
DOSM memaklumkan kerugian RM622.4 juta tahun lalu adalah bersamaan 0.03 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Bangunan kerajaan usang jejas imej Johor
Banyak bangunan dan kemudahan Persekutuan yang gagal diuruskan dengan baik hingga mencemarkan pemandangan yang menyakitkan mata.