awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sedia rumah sewa RM124 untuk golongan terkesan pandemik COVID-19

Bernama
Bernama
15/09/2021
09:38 MYT
KPKT sedia rumah sewa RM124 untuk golongan terkesan pandemik COVID-19
Reezal berkata inisiatif bersifat penampan (cushion) itu dikhususkan untuk keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail
BANGI: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperkenalkan program Inisiatif Kediaman Rumah Keluarga Malaysia atau Rumah IKRAM KPKT untuk rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan menawarkan kadar sewa minimum RM124 sebulan bagi tempoh mendiami maksimum dua tahun.
Menterinya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata inisiatif bersifat penampan (cushion) itu dikhususkan untuk keluarga yang terkesan akibat pandemik COVID-19 seperti kehilangan pendapatan, kekurangan pendapatan, kehilangan pekerjaan hingga tidak mampu membayar sewa tinggi atau dihalau keluar dari rumah sewa.
Buat permulaan, katanya sebanyak 1,000 unit Rumah IKRAM KPKT ditawarkan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Kelantan dan Johor.
Permohonan untuk mendiami Rumah IKRAM KPKT telah dibuka di laman web https://teduh.kpkt.gov.my.
"Permohonan akan lebih mudah, anggaran (proses kelulusan) dalam tempoh seminggu sebab kita hendak permudah and syarat juga tidak ketat," katanya dalam sidang media selepas sesi walkabout ke Projek Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM) di Pangsapuri Jubli Perak, Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.
Beliau berkata antara syarat permohonan ialah pemohon dan pasangan adalah warganegara Malaysia; berusia 18 tahun ke atas; tidak memiliki rumah; tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah dan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.
Sementara itu, Reezal Merican berkata sebanyak RM3.4 juta daripada TPPM diperuntukkan bagi tujuan pembaikan, mengindahkan semula dan penyelenggaraan bumbung untuk Pangsapuri Jubli Perak.
Pangsapuri Jubli Perak mempunyai 13 blok serta menempatkan 900 unit rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rumah IKRAM KPKT
#Rumah Keluarga Malaysia
#Reezal Merican
#rumah sewa murah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan