awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT sentiasa terbuka terima cadangan permohonan pelaksanan PRR baharu

Bernama
Bernama
11/03/2025
11:30 MYT
KPKT sentiasa terbuka terima cadangan permohonan pelaksanan PRR baharu
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Sepang Datuk Aiman Athirah Sabu pada sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Negara hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa terbuka untuk menerima cadangan permohonan pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) baharu daripada kerajaan negeri mahupun swasta.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata bagi pelaksanaan PRR di negeri-negeri, kerajaan negeri perlu memastikan tapak yang dicadangkan adalah sesuai dan strategik, selesai semua urusan hak milik tapak, sama ada diberikan secara percuma atau pada kadar nominal kepada KPKT.
"Kelulusan pelaksanaan projek ini tertakluk kepada pertimbangan dan kedudukan kewangan kerajaan dengan mengambil kira laporan penilaian tapak.
"Usaha-usaha ini menggambarkan komitmen Kerajaan MADANI agar rakyat mempunyai akses terhadap perumahan yang berkualiti dan mampu dimiliki serta tiada yang terpinggir, khususnya golongan berpendapatan rendah dalam pembangunan negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata KPKT melaksanakan pelbagai program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi golongan B40 dan M40 termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan PRR.
Sementara itu, Aiman Athirah berkata KPKT melalui Jabatan Landskap Negara (JLN) telah memperuntukkan RM500,000 untuk melaksanakan projek Taman Rekreasi MADANI (TRM) bagi menaik taraf landskap Taman Awam Sibu di Sarawak yang kini dalam proses pelaksanaan reka bentuk.
Beliau berkata pelaksanaan projek itu kelak akan merangkumi penambahbaikan ruang siar kaki, alatan permainan kanak-kanak dan tempat duduk serta memperbaiki sistem perparitan dalam taman.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#PPR baharu
#Program Residensi Rakyat
#Aiman Athirah Sabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan