awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPKT setuju lulus RM20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan

Bernama
Bernama
17/02/2024
01:15 MYT
KPKT setuju lulus RM20 juta kepada Jabatan Wilayah Persekutuan
Dr Zaliha Mustafa berkata, peruntukan itu turut merangkumi penambahan 200 unit MyKiosk dan penambahbaikan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir di bawah selenggaraan DBKL. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Wilayah Persekutuan pada Jumaat menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menaik taraf tandas awam milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan kepada tandas BMW (bersih, menawan dan wangi).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, peruntukan itu turut merangkumi penambahan 200 unit MyKiosk dan penambahbaikan kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan banjir di bawah selenggaraan DBKL.
"Peruntukan itu merupakan antara hasil perbincangan bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta delegasinya...
"Perbincangan turut tertumpu kepada kerjasama meliputi isu-isu dasar serta inisiatif terkait dengan aspek perumahan, landskap dan juga bandar pintar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan," katanya menerusi ciapan di laman X.
Beliau berkata, inisiatif itu juga adalah persediaan mendepani Tahun Melawat Malaysia 2026 dan kepengerusian Malaysia dalam ASEAN pada 2025 yang bakal menyaksikan pelbagai program serta mesyuarat peringkat rantau itu dilaksanakan di sini.
"Pihak DBKL akan mengenal pasti 30 kawasan sekitar ibu kota yang akan dibangunkan dengan projek pocket parks di mana ia adalah pembangunan landskap perbandaran bagi tujuan pengindahan Kuala Lumpur," katanya . - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPKT
#Perbadanan Putrajaya
#naik taraf tandas awam
#Dr Zaliha Mustafa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan