awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD

Bernama
Bernama
05/09/2022
09:24 MYT
KPLB bincang dengan JPA untuk naikkan gred pengurus PKD
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) bersama para Pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) ketika mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengurus PKD di seluruh Malaysia hari ini. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkenaan cadangan untuk menaikkan gred perkhidmatan bagi jawatan pengurus Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah kementerian itu.
Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini pengurus PKD diberikan Gred N19 secara kontrak selama setahun dan kementerian melihat gred itu perlu dinaikkan sesuai dengan peranan serta pengalaman mereka.
Beliau berkata kementerian juga mencadangkan agar pengurus PKD diberikan tempoh kontrak perkhidmatan yang lebih panjang berbanding setahun yang dinikmati ketika ini.
"Gred mereka ini ialah N19 maknanya kelayakan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), mungkin boleh dinaikkan kepada gred yang lebih tinggi, jadi kita akan bincang dengan JPA. Kita juga nak buat kajian bersama JPA untuk lanjut kontrak pengurus PKD.
"Pada masa ini kontrak mereka ini setahun, tapi selepas kontrak tamat mereka membuat permohonan semula sebab mereka sudah berpengalaman dan nak kerja semula, kemudian tanda tangan semula kontrak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sesi perjumpaan bersama pengurus PKD seluruh Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya kontrak perkhidmatan pengurus PKD mungkin boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun memandangkan kebanyakan mereka sudah berkhidmat lebih daripada lima tahun dan cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas.
"Selepas kontrak mereka tamat, mereka buat permohonan baharu dan dinilai selepas itu diambil semula, kalau markah baik sambung lagi. Tapi setiap kali kontrak nak habis mereka akan berfikir kena cari kerja baharu jadi kesian juga kepada mereka," katanya.
Menurutnya terdapat 180 pengurus PKD di seluruh negara dengan menjalankan 4,402 program yang bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat luar bandar.
Dalam pada itu, Mahdzir turut berpuas hati dengan penganjuran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kedah yang berakhir semalam dan berjaya mencatatkan kehadiran lebih 100,000 pengunjung.
"Saya sangat berpuas hati dengan penganjuran Jelajah AKM, saya ucapkan terima kepada semua agensi KPLB, terima kasih kepada kerajaan negeri dan pegawai yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPLB
#JPA
#gred
#pusat komuniti desa
#PKD
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan