KUALA NERANG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh institusi pendidikan di bawah kementerian itu bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pada masa ini kebolehpasaran pelajar lepasan TVET di bawah KPLB berada pada 87 hingga 88 peratus dan ia boleh ditingkatkan dengan mengenal pasti kemahiran yang benar-benar boleh dipadankan dengan industri.
"Kebanyakan negara telah memperkukuhkan bidang TVET ini dengan melihat ia betul-betul boleh matching (dipadankan) dengan industri. Dalam TVET ini ada banyak bidang dan peringkat kelulusan bermula dengan persijilan, diploma dan ijazah.
"Tetapi setiap peringkat kelulusan itu perlu matching (padan) dengan kehendak industri yang ada, contohnya dalam industri minyak dan gas atau automatif apakah kemahiran yang industri itu perlukan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan baucar bantuan persekolahan di sini semalam.
Menurutnya, KPLB juga perlu memastikan semua kursus TVET yang ditawarkan mempunyai kekuatan agar dapat melahirkan pelajar yang benar-benar berkemahiran dan mudah mendapat pekerjaan sebaik mereka menamatkan pengajian.
Mahdzir berkata pihaknya juga akan mencari jalan untuk menyusun semula bagi mengurangkan pertindihan kursus latihan yang ditawarkan oleh pelbagai institusi pendidikan di bawah kementerian itu.
"Maknanya kalau ada institusi yang telah menawarkan kursus automatif contohnya, institusi lain tidak perlu menawarkan kursus yang sama," katanya.
Untuk rekod KPLB mempunyai pelbagai institusi pendidikan berkaitan TVET antaranya termasuk Giatmara, German Malaysia Institute (GMI), UniKL, Kolej Profesional Mara, Kolej Yayasan Pelajaran Mara dan Institut Kemahiran Mara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 15 2022
Mahdzir mengadakan sidang media selepas Program Penyerahan Vaucer Bantuan Persekolahan di Pejabat UMNO Padang Terap di Kuala Nerang, 15 Jan 2022. --fotoBERNAMA
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Lebih banyak kolaborasi bidang TVET antara Malaysia dan China - Ahmad Zahid
Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.
Tawaran gaji rendah punca graduan enggan bekerja dalam sektor kemahiran - MITI
Penawaran gaji yang rendah menjadi punca kekurangan tenaga mahir tempatan terutama daripada kalangan lepasan pengajian tinggi, walaupun permintaan dari pihak industri terus meningkat.
Parlimen: Kerajaan beri tumpuan latihan STEM, tingkat pelaburan negara - PM Anwar
Anwar berkata kelemahan negara ketika ini adalah latihan dalam pendidikan matematik, sains, kejuruteraan, AI dan TVET di peringkat tertinggi.
Selangor mantapkan ekosistem TVET, tawar kerjaya bergaji tinggi - Amirudin
Kerajaan Selangor menyasarkan untuk memantapkan lagi ekosistem Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
Lepasan SPM disaran manfaat program Jelajah Pendidikan TVET Selangor
Program pada 23 dan 24 Mac itu merangkumi pelbagai sektor termasuk pertanian, penternakan serta lain-lain bidang berasaskan teknikal.
Dasar gaji progresif, TVET dan kerosakan jalan raya antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan mengenai dasar gaji progresif diajukan Ahli Parlimen Kalabakan kepada Menteri Ekonomi dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan.
RM300 bantuan untuk peneroka Felda pendapatan kurang RM1,000 - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid mengumumkan pemberian bantuan khas bersasar sebanyak RM300 kepada peneroka Felda yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.