awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pokok tualang berusia lebih 100 tahun ditebang bagi laluan projek LTU Pakej 2A
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPLB terima lebih 2,000 permohonan baik pulih, bina semula rumah terjejas banjir

Bernama
Bernama
16/01/2022
14:44 MYT
KPLB terima lebih 2,000 permohonan baik pulih, bina semula rumah terjejas banjir
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di lapan negeri terjejas banjir baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA NERANG: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerima 2,044 permohonan untuk membaik pulih dan membina semula rumah membabitkan kawasan luar bandar di lapan negeri terjejas banjir baru-baru ini.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sebanyak 1,879 permohonan adalah untuk membaik pulih rumah manakala 165 untuk bina semula rumah dengan anggaran kos setakat ini berjumlah lebih RM38.52 juta.
Beliau berkata bagaimanapun jumlah permohonan itu adalah setakat 9 Jan lepas dan ia dijangka meningkat selepas pihaknya mendapat data dan maklumat terbaharu daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di setiap daerah terlibat.
"Akan ada tambahan lagi (permohonan), kita masih menunggu data dan maklumat daripada PKOB, macam di Sepang dan Hulu Langat di Selangor kita telah menerima maklumat tapi dimaklumkan oleh pegawai daerah berkenaan ada maklumat terbaharu.
"Mana maklumat yang telah diterima dan maklumat itu betul, kita jalankan (baik pulih atau pembinaan baharu rumah), ini termasuk yang serius adalah di Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan," katanya dalam sidang media selepas merasmikan mesyuarat tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Naka di sini hari ini.
Mahdzir berkata kerajaan menetapkan jumlah maksimum RM15,000 bagi baik pulih rumah dan RM56,000 bagi bina semula rumah dan kontraktor yang dilantik perlu menyiapkan kerja-kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
"Kalau yang baik pulih, kalau dah lantik kontraktor itu maknanya dalam tempoh sebulan atau sebelum sebulan kena siap, kalau boleh 20 hari. Kalau buat rumah baharu pula, empat ke enam bulan. Kita harap tempoh paling pendek dapat selesaikan," katanya.
Sementara itu, Mahdzir berkata secara keseluruhannya KPLB menyediakan peruntukan sebanyak RM150 juta bagi membaik pulih rumah dan kemudahan yang terjejas banjir di kawasan-kawasan luar bandar di lapan negeri.
Katanya daripada jumlah itu, RM50 juta diperuntukkan untuk membaik pulih dan membina semula rumah, RM50 juta untuk membaiki jalan kampung yang rosak dan RM50 juta lagi untuk membaik pulih ameniti sosial seperti masjid, surau, tanah perkuburan, longkang dan pagar.
Baru-baru ini beberapa negeri termasuk Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Terengganu dilanda banjir manakala Johor dan Sabah masih mengalami bencana itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPLB
#Kementerian Pembangunan Luar Bandar
#baik pulih rumah
#banjir
#pascabanjir
#luar bandar
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan