Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah (EPW) guru di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, perkara itu akan dilihat semula selepas beberapa isu dibangkitkan oleh guru di beberapa kawasan yang menerima elaun lebih rendah.
"Ini pertama kali saya mendapat maklumat sedemikian, izinkan saya balik dan berbincang apakah keadaan sebenar berkaitan dengan hal tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Dewan DSP Abu Bakar Titingan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan di Tawau pada Sabtu.
Elaun Perumahan Wilayah (EPW) menjadi antara isu yang terus dipersoalkan oleh guru di beberapa kawasan.
Mengikut statistik EPW, guru dengan Gred G44 dari Semenanjung Malaysia menerima elaun antara RM730 sehingga RM830.
Manakala guru gred yang sama daripada Sabah dan Sarawak hanya menerima elaun RM200 hingga RM550.
Fareez Azman
Sat Jul 18 2020
Dr Mohd Radzi Md Jidin, perkara itu akan dilihat semula selepas beberapa isu dibangkitkan oleh guru di beberapa kawasan yang menerima elaun lebih rendah. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
KPM akan kaji semula Elaun Perumahan Wilayah bagi guru - Radzi Jidin
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengkaji semula Elaun Perumahan Wilayah (EPW) guru di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.