KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata ia merupakan usaha dan komitmen berterusan kementerian untuk menampung isu kekurangan guru dalam negara.
"Saya tidak fikir ia masalah yang tidak boleh ditangani kerana dari segi perancangan dan unjuran kita, ia berlaku dengan sangat baik, begitu juga dengan kemasukan guru yang kita latih dan untuk mengisi setiap kekosongan itu.
"Tak timbul ia satu perkara yang tidak boleh diselesaikan, cuma kita akan ambil kira isu-isu unjuran ini bersama SBP (sekolah berasrama penuh) supaya ia dapat unjuran yang lebih tepat dan pengisian itu dapat berlaku dengan segera," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Iftar Si Burung Kecil dan Ramah Mesra Bersama Pengamal Media di Kompleks Seri Bintang, SMK Seri Bintang Utara hari ini.
Pada 27 Mac lepas, Fadhlina dilaporkan berkata KPM telah melantik 20,171 guru baharu secara tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Menurutnya, kejayaan itu merupakan pencapaian tertinggi yang pernah dicapai oleh KPM dalam tempoh setahun.
Mengenai majlis hari ini, Fadhlina berkata konsep iftar berkenaan adalah sangat penting kerana ia berkait rapat dengan program yang memberikan semangat kepada anak-anak kecil yang sedang berlatih berpuasa.
"Di samping itu, ia merupakan program untuk mengimarahkan lagi bulan Ramadan kerana anak-anak kecil ini akan membuat persembahan yang terkait rapat dengan apa yang ditekankan oleh KPM termasuk penghayatan Hadis 40, dan solidariti kepada Palestin yang kita buat secara konsisten," katanya.
Majlis pada hari ini ialah anjuran KPM dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan FGV Holdings Berhad (FGV).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Fadhlina berkata ia merupakan usaha dan komitmen berterusan kementerian untuk menampung isu kekurangan guru dalam negara. - Gambar fail/Bernama
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
KPM akan umum pengambilan guru baharu dalam masa terdekat
Kementerian Pendidikan (KPM) akan membuat pengumuman berhubung pengambilan guru baharu dalam masa terdekat, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan
Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata sejumlah 6,000 guru baharu bakal ditempatkan di seluruh negara bulan depan.
Penempatan guru baharu permulaan yang baik - Menteri Pendidikan Sarawak
Katanya, Sarawak masih memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 guru pelbagai disiplin untuk mengisi kekosongan jawatan itu.
Sarawak terima 1,108 guru baharu
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) menerima 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah keluaran universiti awam dan swasta.
Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan
Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.