KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuka bilik gerakan banjir dan Lembaga Peperiksaan sedang mengambil tindakan bagi menguruskan pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas di Terengganu dan Kelantan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
"Saya mengambil maklum tentang situasi banjir di Terengganu dan Kelantan yang turut menjejaskan beberapa pusat peperiksaan SPM di negeri tersebut.
"Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat," menurut hantaran itu.
SPM akan berlangsung dari 2 hingga 29 Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 27 2022
RADZI: Sama-sama kita doakan semoga banjir tidak berlarutan dan anak-anak calon SPM 2021 dapat membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat. - Gambar fail/BERNAMA
Agenda AWANI: Banjir 2.0 | Jaga nyawa diri dan anggota penyelamat
Siap siaga lebih awal, tambah baik pergerakan operasi dan penyelarasan keperluan aset dan logistik. Itu persediaan yang dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam misi bantuan banjir gelombang kedua dan seterusnya. Temu bual bersama KP JBPM Datuk Noor Hisham Mohammad 8.30 malam ini.
AWANI Ringkas: LRT Mutiara | Sidang Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Mahkamah | Dadah | Kes Hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM siap siaga hadapi gelombang kedua banjir
Kementerian Pendidikan (KPM) meningkatkan kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan berlaku gelombang kedua banjir di tujuh negeri.
MoF bekerjasama dengan KPM salur bantuan percepat operasi sekolah terjejas banjir
MoF akan bekerjasama dengan KPM untuk menyalurkan bantuan segera bagi membaik pulih sekolah yang terjejas akibat banjir.
Kebolehpasaran murid pendidikan khas capai 93 peratus tahun ini
Kadar kebolehpasaran murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) telah mencapai 93 peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.
Isu kehamilan remaja: KPM guna modul PEERS dalam kurikulum persekolahan 2027
KPM akan menggunakan modul PEERS dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bagi menangani isu kehamilan melibatkan remaja yang semakin meningkat di negara ini.
KPM beri guru, sekolah autonomi laksana ujian akhir sesi akademik 2024/2025
Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan autonomi kepada guru dan sekolah dalam pelaksanaan ujian akhir sesi akademik bagi sesi 2024/2025.