Skip to main content

Malaysia

KPM kemuka cadangan semak semula struktur pemilikan pusat tuisyen minggu hadapan

81729735604_TBLOGOKPM.jpg
Ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen sebelum ini telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.
Advertisement

PUTRAJAYA: ementerian Pendidikan (KPM) akan mengemukakan cadangan untuk menyemak semula ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen untuk pertimbangan Jemaah Menteri, minggu hadapan.

KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ketetapan berkaitan struktur pemilikan pusat tuisyen telah diperincikan dalam Buku Dasar Institusi Pendidikan Swasta yang diterbitkan pada 2006.

"KPM mengambil maklum pelbagai pandangan yang dibangkitkan berhubung ketetapan tersebut dan sentiasa terbuka untuk mendengar pandangan semua pihak.

"KPM berpandangan bahawa ruang pendidikan perlu kekal terbuka kepada semua pihak yang mahu menyumbang kepada pembangunan dan pembelajaran anak-anak Malaysia," menurut kenyataan itu.

Kementerian turut menghargai sumbangan pengusaha pusat tuisyen selama ini dan akan terus bekerjasama dengan semua pihak demi kepentingan pendidikan anak-anak Malaysia.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement