awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM kesal video mengelirukan dakwa Negaraku dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan

Bernama
Bernama
04/04/2025
16:36 MYT
KPM kesal video mengelirukan dakwa Negaraku dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan
KPM kesal tindakan seorang pempengaruh politik menularkan sebuah video yang mengelirukan masyarakat dengan mendakwa lagu 'Negaraku' dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Perak. - Gambar hiasan/KPM
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) kesal tindakan seorang pempengaruh politik menularkan sebuah video yang mengelirukan masyarakat dengan mendakwa lagu 'Negaraku' dinyanyikan bukan dalam bahasa kebangsaan di sebuah sekolah di Perak.
KPM dalam kenyataan memaklumkan lagu yang dinyanyikan oleh murid sekolah berkenaan bukan lagu Negaraku seperti yang didakwa tetapi sebenarnya lagu 'Allah Lanjutkan Usia Sultan' yang merupakan lagu kebesaran negeri Perak.
"Lagu yang dinyanyikan ini adalah simbol taat setia, kasih dan penghormatan kepada Sultan Perak Darul Ridzuan dan tradisi Kesultanan Negeri Perak.
"Video berkenaan juga secara jelas menunjukkan murid dan semua hadirin telah menyanyikan lagu 'Allah Lanjutkan Usia Sultan' dalam Bahasa Melayu mengikut lirik yang betul," menurut kenyataan itu hari ini.
Sehubungan itu KPM menasihatkan masyarakat supaya tidak terpengaruh dengan fitnah jahat yang cuba menghasut dan mengancam perpaduan serta keharmonian negara.
Terdahulu, tular beberapa video di laman media sosial termasuk TikTok menunjukkan rakaman nyanyian lagu di sebuah sekolah yang didakwa dinyanyikan dalam bahasa Cina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM
#Negaraku
#bahasa kebangsaan
#sekolah di Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan