BUKIT MERTAJAM: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan dua garis panduan penting dalam pengurusan isu salah laku khususnya berkaitan buli dan gangguan seksual, dalam usaha mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kedua-dua garis panduan ini sangat penting untuk meneruskan sesi advokasi di semua peringkat bagi memastikan bahawa kesedaran, tanggungjawab dan sikap cakna tentang isu-isu berkaitan, agar ia dapat ditanggani secara bersama.
Tambahnya, jawatankuasa yang merangka kedua-dua garis panduan in turut mengambil kira perubahan terkini termasuk mendefinisikan semula maksud buli siber serta cadangan program intervensi dalam pengurusan salah laku buli dan gangguan seksual.
"Kita berharap seluruh warga KPM memberi komitmen dalam pelaksanaan garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan dengan segera.
"Penumpuan garis pelancaran ini adalah untuk memelihara 'human dignity' atau maruah manusia serta mengelakkan penindasan terhadap maruah ini daripada berlaku dalam ekosistem sekolah kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Sahsiah Terbilang Hentikan Buli Membentuk Anak Yang Baik Lagi Cerdik di sini, hari ini.
Fadhlina berkata program hari ini merupakan contoh intervensi KPM dalam mengekang gejala buli dalam kalangan murid sekolah dengan cara memberi bimbingan dan kesedaran kepada murid-murid tentang bahaya gejala buli terhadap mental dan fizikal, selain mendidik murid agar mempunyai jati diri untuk tidak terlibat dengan salah laku buli.
Beliau turut menegaskan bahawa buli, gangguan seksual dan perkauman adalah tiga 'dosa besar' di peringkat KPM dan pihak kementerian tidak akan berkompromi terhadap pelaku kesalahan ini.
"Pada pendapat saya, keadaan buli di sekolah-sekolah dalam negara masih terkawal dan kita sudah mempunyai proses kerja yang cukup efisien untuk menangani masalah ini.
"Namun sekiranya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan proses ini, boleh ambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana tindakan yang telah kita lakukan," katanya.
Menurut beliau pelaksanaan garis panduan merangkumi pelbagai komponen itu akan diperincikan melalui surat pekeliling yang akan dikeluarkan KPM ke semua institusi pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023

Fadhlina berkata kedua-dua garis panduan ini sangat penting untuk meneruskan sesi advokasi di semua peringkat. - Gambar fail/Astro AWANI
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Nursyazwani Saiful Sham
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi
Zayn Rayyan dipercayai dibunuh di lokasi lain
KKD akan jumpa Meta isu penipuan di aplikasi WhatsApp - Fahmi
Kontroversi 'Melayu malas': Mak Cik Kemboja, anak mengaku tidak bersalah
#AWANInews #AWANIpagi

Malaysia raih tiga anugerah di Gourmand World Cookbook Awards 2023
Industri masakan Malaysia mencapai prestasi cemerlang apabila berjaya membawa pulang tiga anugerah daripada 11 pencalonan di anugerah buku, Gourmand World Cookbook Awards 2023.

'Look at my face...'
Kegusaran jelas terpancar pada wajah Pengerusi PBSM, Datuk Hans Isaac mengenangkan keadaan padang SNBJ yang diibarat seperti 'sehelai jeans lusuh.'

'Kami perlu berhati-hati beri sebarang kenyataan' - KLN
Kementerian Luar Negeri perlu berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan kerana melibatkan hubungan antara negara.

Anak bekas ketua tentera Israel terbunuh dalam serangan zionis di Gaza
Gal Meir Eisenkot dilaporkan terbunuh dalam letupan di sebuah terowong berdekatan dengan kem pelarian Jabalia di utara Gaza.
Setahun Kerajaan Madani: Platform rakyat saksikan inisiatif, pencapaian kerajaan
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang akan membuka tirai di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini akan menjadi platform terbaik bagi rakyat Malaysia untuk melihat sendiri kad laporan kerajaan bagi tempoh setahun.
Mangsa terjejas di Kelantan semakin menurun
Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 6 pagi Jumaat mencatatkan penurunan kepada 1,495 orang berbanding lebih 2,000 sebelumnya.
Negara Arab, Islam tuntut gencatan senjata
Negara-negara Arab dan Islam menyeru untuk mengundi draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan di Gaza, pada Jumaat.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.
Lintasan Karem Abu Salem dijangka dibuka tidak lama lagi - PBB
Persimpangan Karem Abu Salem yang terletak antara Israe dan Gaza dijangka akan dibuka tidak lama lagi bagi membolehkan lebih banyak bantuan kemanusiaan dihantar ke wilayah Palestin.

PISA 2022: Pencapaian merosot, keciciran pembelajaran ketika pandemik faktor utama
Skor purata murid Malaysia adalah lebih rendah daripada skor purata OECD bagi ketiga-tiga Literasi Matematik, Saintifik, dan Bacaan.

Malaysia perlu wujudkan akta anti buli di sekolah - ASWA
Malaysia perlu wujudkan akta anti buli, bagi mendepani peningkatan kes buli melibatkan fizikal, mental dan seksual.

KPM ikut garis panduan jika calon SPM terjejas banjir - Fadhlina
KPM telah melakukan persediaan bagi memastikan pelajar tidak terkesan akibat banjir, sekali gus peperiksaan berjalan dengan lancar bermula Selasa ini.

Tingkatan Enam bukan program akademik kelas kedua - Fadhlina
STPM juga bukan sahaja diterima semua universiti awam di Malaysia, tetapi juga diiktiraf lebih 2,000 universiti seluruh dunia termasuk di Amerika Syarikat, negara Komanwel dan Asia Barat.

KPM digesa siasat larangan nyanyian lagu tradisi Tamil - Saravanan
KPM digesa untuk menyiasat dakwaan mengenai larangan nyanyian lagu tradisi bahasa Tamil sewaktu penganjuran Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Pulau Pinang, baru-baru ini.

'Cari jalan tengah untuk pastikan sistem pendidikan negara terus berkembang'
Ramai yang berpendapat pemansuhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menyebabkan berlaku keciciran dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

KPM tidak pernah halang nyanyian lagu tradisi - JPNPP
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah menghalang nyanyian lagu tradisi dalam pelaksanaan acara bahasa, seni dan kebudayaan, menurut Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP).

Lebih 9,000 guru baharu mula berkhidmat tahun depan
Lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi persekolahan Januari 2024, kata Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying.

GHEF2023: Rapatkan jurang akses pendidikan tinggi
Pandemik COVID-19 telah melebarkan jurang akses untuk pendidikan tinggi. Sebagai usaha untuk mencari solusi dan mendapatkan sumbang saran 8th Global Higher Education Forum (GHEF) 2023 telah dilaksana.

Kemudahan di SK Ulu Ansuan ditambah baik - KPM
Kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan.