SHAH ALAM: Isu berhubung dua pelajar yang diberikan gred T iaitu Tidak Hadir dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi subjek Bahasa Melayu baru-baru ini, mendapat perhatian daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Lembaga Peperiksaan.
Pihak berkenaan menerima aduan terbabit dan membuat semakan semula terhadap keputusan SPM bagi kedua-dua pelajar tersebut iaitu Nur Adeela Huda Muhammad Azmil dan Nur Qamarina Munirah Mustaqim.
Ibu kepada Nur Adeela, Dr Nurul Shahnaz Ahmad Mahdzan, 49, berkata, dia telah menerima e-mel daripada Lembaga Peperiksaan yang meminta anaknya mengambil slip SPM yang baharu di sekolah pada Isnin.
Ujarnya, dia berharap agar keputusan tersebut diperoleh secepat mungkin bagi memudahkan urusan mereka dalam membuat permohonan melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
“Saya juga berasa lega (perkara ini dapat diselesaikan) kerana kalau tidak ada ‘push factor’ daripada akhbar Sinar Harian dan tidak ditimbulkan, mungkin pihak terbabit tidak mengambil tindakan secepat ini.
“Kita tidak tahu mungkin ada lagi calon-calon SPM yang turut berdepan dengan kes yang sama,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian pada Ahad.
Pada Sabtu, dua pelajar mempersoalkan tindakan Lembaga Peperiksaan yang memberikan gred T iaitu Tidak Hadir dalam keputusan SPM mereka bagi subjek Bahasa Melayu meskipun mereka menduduki peperiksaan terbabit.
Gred T yang diperoleh itu akan menyukarkan pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Utama Damansara 3 tersebut untuk membuat permohonan memasuki universiti berikutan Bahasa Melayu merupakan subjek wajib lulus. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 27 2022

Gred T yang diperoleh itu akan menyukarkan pelajar tersebut untuk membuat permohonan memasuki universiti. - Gambar hiasan

Lahir luar negara: Hanya anak berbapakan warganegara berhak dapat kerakyatan Malaysia
Hanya kanak-kanak yang lahir di luar negara berbapakan warganegara Malaysia berhak mendapat kerakyatan Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, demikian putus Mahkamah Rayuan.

PRU15: Anwar umum Nurul Izzah ketuai jentera di Kedah, Pulau Pinang, Perlis
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diberi tanggungjawab mengetuai jentera parti bagi Pulau Pinang, Kedah dah Perlis pada Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Kes warganegara anak lahir di luar negara berhak dirayu di Mahkamah Persekutuan
Pihak terbabit dalam kes berkaitan kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia, masih mempunyai hak untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Laluan kenderaan di bawah jambatan hidupan liar Sungai Yu akan ditutup sepenuhnya
Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, laluan sepanjang lima kilometer di FT08 itu akan ditutup bagi menyekat akses kenderaan.

Lebih 9,000 pasport yang dimohon secara dalam talian tidak dituntut
Lebih 9,000 Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) telah dicetak tetapi masih tidak dituntut oleh individu yang memohon dan memperbaharui pasport berkenaan secara dalam talian.

AWANI Ringkas: KKM tidak setuju longgarkan prosedur perkhidmatan kecantikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM buka 21 kertas siasatan babit JPKK Pahang
SPRM telah membuka sebanyak 21 kertas siasatan yang melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pahang sejak 2018.

Apakah yang dilakukan oleh negara lain untuk menangani inflasi?
Berikut adalah perbandingan langkah yang diambil oleh beberapa negara untuk menangani situasi ini.

China beri amaran kemunculan semula jangkitan COVID-19
China memberi amaran tentang kesan kebangkitan semula jangkitan COVID-19 di negara-negara jiran ketika ia berusaha membendung dan mengawal virus itu.

MFL, FAM perlu siasat secara telus insiden kekecohan di Kota Bharu
Siasatan mestilah berpandukan laporan penuh daripada pegawai perlawanan semasa aksi antara The Red Warriors dengan The Bos Gaurus berlangsung.

UPSR, PT3 tidak akan dikembalikan
KPM kekal dengan keputusan untuk tidak mengembalikan peperiksaan awam UPSR dan PT3, walaupun terdapat permintaan daripada ibu bapa yang mahu ia dilaksanakan semula.

Pemansuhan UPSR, PT3 beri ruang pelaksaaan PBS lebih berkesan - Mohd Radzi
Pemansuhan UPSR dan PT3 dalam sistem pendidikan negara adalah bagi membolehkan pelaksanaan PBS dengan lebih berkesan.

Gaji rendah jadi cabaran untuk pelajar sambung belajar- Radzi
Kadar gaji yang rendah serta tidak berubah sejak beberapa tahun yang lalu antara cabaran untuk memastikan pelajar menyambung pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Laporan audit: Pengurusan projek sekolah baharu bernilai RM2.889 bilion kurang cekap
Terdapat kelemahan di peringkat perancangan, prapelaksanaan dan pelaksanaan projek oleh KPM, perunding, dan kontraktor.

Malaysia sedia sambut ketibaan lebih ramai pelajar antarabangsa dari Jepun
Berdasarkan data kumulatif 2019-2022, lebih 2,000 permohonan diterima daripada pelajar Jepun untuk meneruskan pengajian di Malaysia.

SPR masih kaji mekanisme kebenaran mengundi luar kawasan - Wan Junaidi
Pengundi yang berada di luar kawasan mengundi patut diberi peluang terlibat dalam proses demokrasi tanpa mengganggu tugas mereka.

1,000 sekolah terpilih dapat bekalan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini - Annuar
Sebanyak 1,000 sekolah terpilih di seluruh negara termasuk kawasan luar bandar akan dibekalkan dengan kemudahan rangkaian 5G menjelang akhir tahun ini.

Digitalisasi: KPM bangunkan tiga sistem dalam talian bantu pengurusan sekolah, guru
Kementerian Pendidikan sedang membangunkan tiga sistem secara dalam talian untuk membantu pengurusan sekolah dan memudahkan tugas guru.

Batal keputusan Sejarah SPM 15 pelajar, KPM hormati keputusan Lembaga Peperiksaan - Radzi
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata LP adalah lembaga bebas dan selagi ia mematuhi protokol yang ditetapkan, segala keputusan yang dibuat harus dihormati.

Keputusan tawaran ke tingkatan enam semester 1 tahun 2022 diumum 7 Julai
Keputusan tawaran bagi kemasukan ke Tingkatan Enam bagi 2022 akan diumumkan pada Khamis depan (7 Julai).