awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag dibuka
FCC luluskan SpaceX lancar tambahan 7,500 satelit Starlink generasi kedua
Banjir bertambah buruk di Sarawak, 2,831 mangsa dipindahkan ke 39 PPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM perkasa pendidikan dari prasekolah hingga AI

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
09/01/2026
12:00 MYT
KPM perkasa pendidikan dari prasekolah hingga AI
Fadhlina berkata, Kurikulum Prasekolah 2026 menjadi langkah awal kepada pembaharuan kurikulum persekolahan negara. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila ribuan sekolah di seluruh negara menunjukkan peningkatan prestasi ketara dalam tempoh tiga tahun, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif reformasi pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berfokus.

Ringkasan AI
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus mencatat pencapaian membanggakan apabila ribuan sekolah di seluruh negara menunjukkan peningkatan prestasi ketara dalam tempoh tiga tahun, hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif reformasi pendidikan yang dilaksanakan secara menyeluruh dan berfokus.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 4,400 sekolah kini mencapai status Sekolah Inspirasi berbanding hanya enam buah pada 2023, manakala 5,496 sekolah pula kekal sebagai Sekolah Aspirasi.
  • Pada masa sama, jumlah Sekolah Fokus mencatat penurunan drastik kepada 246 buah sekolah berbanding 3,822 buah pada 2023.
  • Seiring kejayaan itu, KPM kini mempergiat pelaksanaan inisiatif baharu yang memberi penekanan kepada pendidikan awal kanak-kanak, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 yang menjadi langkah awal kepada pembaharuan kurikulum persekolahan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, sebanyak 4,400 sekolah kini mencapai status Sekolah Inspirasi berbanding hanya enam buah pada 2023, manakala 5,496 sekolah pula kekal sebagai Sekolah Aspirasi.
Pada masa sama, jumlah Sekolah Fokus mencatat penurunan drastik kepada 246 buah sekolah berbanding 3,822 buah pada 2023.
“Manakala sekolah fokus menurun secara drastik kepada 246 buah sekolah berbanding 3,822 buah sekolah pada tahun 2023.
"Jadi saya rakamkan ucapan tahniah kepada semua yang telah melaksanakan segala jenis inovasi untuk memastikan reformasi sekolah ini benar-benar berjaya,” katanya ketika menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026, di sini, hari ini.
Beliau berkata, kejayaan tersebut menjadi petunjuk jelas bahawa intervensi bersasar, berpandukan data dan keperluan sebenar sekolah mampu menghasilkan perubahan yang nyata di peringkat akar umbi.
Sesi bergambar antara Fadhlina dan pelajar-pelajar sekolah yang turut hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Sesi bergambar antara Fadhlina dan pelajar-pelajar sekolah yang turut hadir ke Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 Menteri Pendidikan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Seiring kejayaan itu, KPM kini mempergiat pelaksanaan inisiatif baharu yang memberi penekanan kepada pendidikan awal kanak-kanak, selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Prasekolah 2026 yang menjadi langkah awal kepada pembaharuan kurikulum persekolahan negara.
Antara inisiatif diperkenalkan ialah Mini Kota Buku Cilik yang bertujuan menyemai minat membaca sejak usia awal serta mengukuhkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak.
“Melangkah lebih jauh, Mini Kota Buku Cilik diperkenalkan bagi menyemai cinta membaca sejak usia awal, selari dengan Kurikulum Baharu Prasekolah 2026.
"Jadi Mini Kota Buku Cilik ini akan berada di beberapa prasekolah sebagai satu simbol untuk terus menarik khususnya sesi membaca bersama yang kita akan laksanakan secara berpakat dengan ibu bapa,” jelas beliau.
Dalam usaha memperluas akses pendidikan awal, sebanyak 350 kelas prasekolah telah ditambah pada tahun ini di seluruh negara termasuk lapan di Kolej Matrikulasi, manakala 150 lagi kelas dijadualkan diwujudkan pada 2027. Usaha ini turut disokong dengan peruntukan RM125 juta bagi kerja baik pulih dan penyelenggaraan prasekolah sedia ada.
Pada masa sama, KPM turut memberi tumpuan kepada aspek keterangkuman dan peluang saksama apabila seramai 500 murid daripada kategori B40 akan diberi peluang mengikuti Kem Kepimpinan Bahasa Inggeris di luar negara, bagi membina keyakinan, kemahiran komunikasi serta pendedahan global.
Selari dengan perkembangan pesat teknologi, KPM juga akan melaksanakan Program Bilik Darjah Dikuasakan oleh Kecerdasan Buatan (AI) di 800 buah sekolah selain memperkenalkan platform pembelajaran DELIMa 3.0 berteraskan AI bermula Januari 2026 bagi mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan bersifat peribadi.
Keseluruhan hala tuju ini, menurut Fadhlina, berpaksikan prinsip pendidikan manusiawi yang menekankan pembentukan diri murid, kebajikan guru serta keselamatan sekolah sebagai teras reformasi pendidikan negara.
Kementerian Pendidikan Malaysia dijangka mengumumkan pelan pendidikan 2026 secara lebih terperinci pada 26 Januari ini yang akan menjadi panduan utama kepada pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2026–2035.
Topic Berkaitan
#sektor pendidikan
#prasekolah
#Kurikulum Prasekolah 2026
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan