awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid

Bernama
Bernama
13/02/2025
21:00 MYT
KPM perluas peranan ELTC tingkat penguasaan bahasa Inggeris guru, murid
Fadhlina berkata, KPM mengambil perhatian saranan tegas Perdana Menteri untuk menyegerakan inisiatif pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluas bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata penstrukturan semula ELTC secara radikal dijangka memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru-guru khususnya dari aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas.
Fadhlina berkata bagi memacu pengukuhan bahasa Inggeris, Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mempertimbangkan beberapa penambahbaikan segera termasuk penstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif yang sedang berjalan.
"KPM mengambil perhatian saranan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyegerakan inisiatif pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan murid di sekolah.
"Ia selaras dengan agenda Reformasi Pendidikan KPM yang turut memberi tumpuan kepada aspek memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuh bahasa Inggeris sebagai satu daripada hala tuju utama pendidikan negara," katanya dalam kenyataan semalam.
Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) memberi penekanan khusus kepada keperluan untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa.
Beliau berkata fokus KPM bagi memperkasakan bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Ia merangkumi Highly Immersive Programme (HIP), Dual Language Programme (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian, dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).
"Penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang optimum dalam pelantar DELIMA (Digital Educational Learning Initiative Malaysia) juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
"KPM menzahirkan penghargaan atas keprihatian Perdana Menteri terhadap isu-isu yang terkait dengan pendidikan dan akan terus berusaha keras untuk mereformasikan pendidikan negara demi meningkatkan kualiti pendidikan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ELTC
#bahasa Inggeris
#Fadhlina Sidek
#Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris
#guru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan