KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan 45 projek menambah baik atau pembangunan semula sekolah daif dapat disiapkan sepenuhnya pada tahun ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata sejak 2016 hingga 1 Ogos lepas, sejumlah 675 projek berkaitan sekolah daif telah siap, 99 dalam proses pembinaan dan 228 berada pada peringkat prabina.
"Tempoh semua pembinaan projek ini mengambil masa antara enam hingga 36 bulan tertakluk kepada skop projek dan keperluan kerja penyediaan tapak," katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Isnin.
Fadhlina berkata KPM turut memberi keutamaan untuk mengiklankan tender bagi 38 projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara menjelang hujung tahun ini.
''Komitmen kita khususnya dalam agenda sekolah daif ini cukup jelas, untuk memastikan anak kita benar-benar mendapat manfaat daripada projek pembangunan sekolah ini,'' katanya.
Bagi memastikan keselamatan fasiliti di sekolah, beliau berkata pengetua dan guru diberi kuasa untuk membuat laporan melalui sistem KPM agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dapat melakukan semakan.
''KPM memberi keutamaan kepada sekolah yang mempunyai bangunan dan fasiliti yang dalam keadaan kritikal (bagi melaksanakan projek penggantian kepada sekolah yang mempunyai bangunan atau fasiliti) pada skala enam dan tujuh,'' katanya.
Fadhlina berkata pembangunan semula sekolah daif bukan sahaja melibatkan sekolah di luar bandar, malah semua sekolah di seluruh negara yang mengalami masalah sama.
"Tak semua memahami konteks sekolah daif, semua menyangka sekolah daif di pedalaman sahaja, (sedangkan) semua sekolah ada isu masing-masing.
"Proses ini sangat penting, di samping kita nak jaga soal integriti dan proses kerja, dalam masa yang sama kita ingin semua projek mengikut garis masa ditetapkan," katanya.
Sebelum ini, KPM memaklumkan dari 2016 hingga 2023, kerajaan memperuntukkan RM6.5 bilion bagi pelaksanaan projek pembangunan semula bangunan daif di sekolah seluruh negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Fadhlina berkata KPM turut memberi keutamaan untuk mengiklankan tender bagi 38 projek pembangunan semula sekolah daif di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. - Gambar fail/Astro AWANI
WFP: Penduduk Gaza tanggung akibat krisis politik
WFP dedahkan penduduk Gaza hidup dalam kesesakan melampaui krisis kesihatan, dengan risiko tinggi cirit-birit pada kanak-kanak dan kekurangan tandas yang wajar.
Kesemua ahli pasukan MERCY berjaya dibawa keluar dari Gaza
Kesemua ahli pasukan perubatan kecemasan Malaysia Mercy telah berjaya dibawa keluar dari Rafah, Gaza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, mereka dibawa keluar secara berkelompok bersama kakitangan antarabangsa lain pada hari yang berbeza.
WHO desak Israel patuhi undang-undang antarabangsa untuk penghantaran bantuan
WHO menggesa Israel mematuhi undang-undang antarabangsa mengenai laluan selamat bantuan, berikutan amaran kebuluran kanak-kanak di Gaza akibat kekurangan makanan.
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Tiada istilah anak tidak menjadi, Fadhlina kongsi kisah anak sulung 'zero to hero'
Fadhlina berkata, tiada istilah anak yang tidak menjadi, tetapi kemenjadian anak ialah sebuah proses yang panjang iaitu memanusiakan manusia.
Buku Yasmin dan Adam dilancarkan, tumpu anak autisme - Fadhlina
Buku cerita dan ilustrasi Yasmin dan Adam dilancar dengan menumpukan kepada pengenalan sifat keunikan dan keistimewaan kanak-kanak autisme.
Isu perkataan kafir, Pesuruhjaya Pas Perak dipanggil bantu siasatan
Razman menjelaskan beliau diambil keterangan selepas dipanggil pihak polis susulan laporan dibuat Setiausaha Politik Menteri Pendidikan.
KPM umum enam inisiatif antaranya lonjak kapasiti guru digital
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.
KPM laksana pelbagai inisiatif perkasa sistem pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) sedang melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memperkasakan sistem pendidikan negara.
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
Pemerkasaan bahasa Melayu, Inggeris perlu seiring - Fadhlina
Pemerkasaan Bahasa Melayu harus seiring dengan pengukuhan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua agar kedua-duanya tidak dipinggirkan.
Isu dibangkit Laporan Bank Dunia telah, sedang ditangani KPM - Fadhlina
Isu-isu yang dibangkitkan dalam Laporan Bank Dunia berkenaan sistem pendidikan negara sebenarnya telah ditangani Kementerian Pendidikan (KPM) secara progresif dan proaktif.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, rasai kesukaran belajar di pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan