awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM segerakan peruntukan baik pulih sekolah terjejas banjir - Fadhlina

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/03/2023
05:35 MYT
KPM segerakan peruntukan baik pulih sekolah terjejas banjir - Fadhlina
Fadhlina meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, di Segamat hari ini yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini. - Foto Astro AWANI
SEGAMAT: Kementerian Pendidikan (KPM) memberi perhatian khusus dalam membaik pulih 17 buah sekolah di Johor yang mengalami kerosakan teruk akibat banjir dengan 14 daripadanya melibatkan daerah Segamat.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya jugak akan menyegerakan peruntukan dana bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih sekolah terjejas dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu sebelum sesi persekolahan bermula 19 Mac ini.
"Saya sudah menerima laporan teknikal jurutera yang lihat kerosakan itu, kita bukan sahaja berdepan kerosakan teknikal sekolah tetapi juga kemusnahan aset termasuk meja guru dan juga perabot sekolah, ini juga mempunyai satu lagi pusingan assesment," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bali, di sini yang terjejas dengan bencana banjir baru-baru ini.
Mengulas lanjut katanya, berdasarkan laporan yang diterima, kesemua sekolah terjejas mengalami kerosakan yang kritikal dan memerlukan beberapa fasa penilaian.
Katanya, selain memastikan sesi persekolahan dapat berjalan seperti biasa, penyelenggaraan perlu dilakukan segera bagi memastikan kerosakan tidak menjejaskan keselamatan pelajar dan kakitangan.
Topic Berkaitan
#banjir
#KPM
#Fadhlina Sidek
#baik pulih sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan