awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM siasat majlis sekolah melibatkan syarikat minuman keras

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2024
10:00 MYT
KPM siasat majlis sekolah melibatkan syarikat minuman keras
KPM menegaskan pentadbir institusi di bawah kementerian perlu mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat laporan berhubung majlis kutipan dana di sebuah sekolah yang melibatkan syarikat minuman keras.
Menerusi kenyataan pada Isnin, KPM menegaskan pentadbir institusi di bawah kementerian perlu mematuhi garis panduan sedia ada berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
"Kementerian mengalu-alukan usaha sekolah untuk menganjurkan program dan mendapatkan sumbangan bagi tujuan pembangunan selaras dengan inisiatif Sekolah Milik Masyarakat, namun ini perlu dilaksanakan berdasar kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 2018.
"Ia melarang sumbangan yang melibatkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah, minuman keras dan seumpamanya yang boleh menjejaskan perkembangan potensi murid dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani," katanya.
Tambah kementerian itu, pihaknya sentiasa proaktif menangani gejala sosial dalam kalangan generasi muda.
"Pelbagai program kesedaran, pendidikan dan pencegahan dianjurkan di sekolah bertujuan untuk memberi bimbingan kepada murid," ujar KPM.
Jumaat lalu, tular sekeping gambar program penganjuran majlis kutipan dana di sebuah sekolah melibatkan syarikat pengeluar minuman keras.
Ia turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Mohamad Sabu.
*Artikel disiarkan di Sinar Harian

Topic Berkaitan
#Kementerian Pendidikan
#majlis sekolah melibatkan syarikat minuman keras
#siasatan
#kutipan derma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan