awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2

Bernama
Bernama
05/02/2023
10:11 MYT
KPM zahir dukacita pemergian dua guru terlibat kemalangan di LPT2
Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook hari ini mengucapkan takziah kepada waris keluarga Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, serta warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang. - Foto FB Fadhlina Sidek
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan dukacita atas pemergian dua guru Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang dalam kemalangan berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh, Kemaman di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), petang semalam.
Menterinya Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook hari ini mengucapkan takziah kepada waris keluarga Arbain Baharudin, 47, dan isterinya Rosmawati Bakar @ Lalar, 48, serta warga Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.
"Semoga tabah dan sabar dengan ujian besar ini. Kami mendoakan agar roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah," menurut hantaran itu.
Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, pasangan suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas kenderaan serbaguna (MPV) yang dinaiki terbabas di Kilometer 274, LPT2.
Sementara tiga anak mereka, Farah Najwa, 20, Fatin Najla, 10, dan Faikal Nabila, 8, hanya cedera di muka, kaki dan tangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPM zahir dukacita
#guru sekolah
#suami ister kemalangan LPT2
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan