KPN arah semua ketua polis negeri tingkat kawalan, rondaan di kawasan sekolah

Arahan itu turut merangkumi pelaksanaan rondaan berkala oleh unit rondaan, risikan jenayah serta pasukan pemantauan khas bagi memastikan keselamatan sekolah terus terpelihara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengarahkan semua Ketua Polis Negeri memperhebat kawalan dan rondaan di kawasan sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar, guru serta warga pendidik sentiasa terjamin.
Ringkasan AI
- Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengarahkan semua Ketua Polis Negeri memperhebat rondaan dan kawalan keselamatan di kawasan sekolah bagi melindungi pelajar, guru dan warga pendidik.
- Arahan itu melibatkan rondaan berkala oleh unit peronda, risikan jenayah dan pasukan pemantauan khas, termasuk penggunaan Unit Kereta Peronda yang boleh digerakkan dalam tempoh satu hingga lima minit jika perlu.
- Langkah ini selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menempatkan anggota polis di sekolah, dan PDRM kini bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui lebih 9,000 Pegawai Perhubungan Sekolah (PRP) di seluruh negara.
Mohd Khalid berkata langkah itu sejajar dengan dasar kerajaan untuk memperkukuh aspek keselamatan di sekolah, selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya anggota polis ditempatkan di sekolah di seluruh negara.
Katanya usaha mempertingkatkan rondaan di sekolah bukan sekadar memastikan keselamatan fizikal, tetapi juga membina keyakinan masyarakat terhadap kehadiran polis sebagai rakan strategik dalam komuniti pendidikan.
Semalam, Anwar berkata Kerajaan bersetuju untuk meneruskan langkah meletakkan kehadiran polis di kawasan sekolah bagi menjamin keselamatan pelajar selepas melihat kepada masalah buli, penderaan dan jenayah di sekolah yang semakin berleluasa.
Mohd Khalid berkata PDRM sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan melalui rangkaian lebih 9,000 sekolah yang kini mempunyai Pegawai Perhubungan Sekolah (PRP) bagi memperkukuh hubungan antara pihak polis dan pentadbiran sekolah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


