awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AI kini lebih kreatif berbanding manusia biasa - Kajian
WhatsApp bakal perkenal pelan berbayar untuk pengalaman tanpa iklan
Amazon umum pengurangan 16,000 pekerja dalam fasa penyusunan semula terbaharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN, KPM perkukuh Taska dan Tabika Perpaduan - Aaron

Bernama
Bernama
28/01/2026
10:49 MYT
KPN, KPM perkukuh Taska dan Tabika Perpaduan - Aaron
Aaron berkata, uUsaha itu dilaksanakan demi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berkualiti dan holistik bagi kanak-kanak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memperkukuh aspek silibus, pendaftaran, keselamatan serta kesihatan kanak-kanak di Taska dan Tabika Perpaduan.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Aro Dagang berkata usaha itu dilaksanakan demi memastikan persekitaran pembelajaran yang selamat, berkualiti dan holistik bagi kanak-kanak.
"Sehingga kini, terdapat sebanyak 41 Taska Perpaduan dan 1,781 Tabika Perpaduan di bawah Kementerian Perpaduan Negara yang melibatkan lebih 34,000 kanak-kanak," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berhubung perancangan pendidikan negara khususnya melibatkan Taska dan Tabika Perpaduan.
Sebelum ini, Aaron berkata Taska dan Tabika Perpaduan terus menjadi keutamaan Kerajaan MADANI dengan peruntukan berjumlah RM55.5 juta bagi sesi persekolahan 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerajaan
#taska
#TABIKA
#perpaduan
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan