awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan

Amirul Aiman
Amirul Aiman
28/11/2024
05:40 MYT
KPN laksana 18 projek naik taraf infrastruktur di Kelantan
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, melancarkan 18 projek infrastruktur di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan.
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melaksanakan 18 projek menaik taraf dan membaik pulih infrastruktur di Kampung Batu Papan, Gua Musang, Kelantan, di bawah Program Kampung Angkat MADANI.
Menurut menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang, inisiatif menggunakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta itu adalah untuk meningkatkan kualiti kemudahan asas dan kehidupan masyarakat setempat.
Katanya, projek yang dilaksanakan melibatkan pemasangan lampu solar, pembaikan dewan dan tabika, serta baik pulih kemudahan rekreasi, ruang riadah dan sosial.
“Program Kampung Angkat MADANI ini memberi peluang kepada masyarakat desa untuk memperbaiki taraf hidup dan mengurangkan jurang ketidaksamaan antara bandar dan desa.
“Secara keseluruhannya, program ini memberi tumpuan kepada pengukuhan jaringan sosial, pembangunan kapasiti individu, serta memperluas akses kepada peluang pembangunan yang lebih baik,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata Kampung Batu Papan dipilih berdasarkan kriteria kampung dengan liputan kemudahan asas kurang daripada 50 peratus atau dalam keadaan daif.
Tambah beliau, projek ini memperlihatkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Kelantan.
Program Kampung Angkat MADANI di Kelantan merupakan sebahagian daripada program Belanjawan 2024, di mana sebanyak 42 kampung di seluruh negara menerima manfaat daripada peruntukan RM100 juta.
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#Kampung Angkat MADANI
#Kelantan
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan