awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN nafi pasangan pengganas pernah bercuti di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2015
01:53 MYT
KPN nafi pasangan pengganas pernah bercuti di Malaysia
Ketua Polis Negara menafikan pasangan yang terlibat dalam drama tebusan di sebuah pasaraya pernah memasuki Malaysia untuk bercuti.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pasangan yang terlibat dalam drama tebusan di sebuah pasaraya pernah memasuki Malaysia untuk bercuti seperti yang dilaporkan oleh saluran CNN.
Khalid berkata, berdasarkan hasil siasatan Polis Diraja Malaysia mengesahkan yang pasangan tersebut tidak pernah berada di negara ini. Semalam, CNN melaporkan Amedy Coulibaly yang ditembak mati dalam drama tebusan di timur Paris pada Khamis pernah melancong ke Malaysia bersama isterinya, Hayat Bourmeddiene.
Saluran itu mendedahkan yang Coulibaly turut merakamkan beberapa foto sewaktu berada di Malaysia. Gerakan untuk menjejak Bourmeddiene kini diteruskan dan dia berada dalam senarai wanita paling dikehendaki di Perancis.
Semakan @PDRMsia, Amedy Coulibaly dan isterinya Hayat Baumeddiene yg di tembak mati di s'market di Paris tidak di kesan pernah masuk M'sia
— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) January 10, 2015
Coulibaly merupakan salah seorang daripada pengganas yang menyebabkan kota Paris terbabit dalam pertumpahan darah dalam episod tebusan lebih 48 jam.
Boumeddiene, 26 tahun berjaya melarikan diri dan kini dianggap berbahaya, lapor CNN.
Coulibaly terbunuh dalam serangan oleh pasukan komando bersama empat tebusan yang berada dalam pasaraya di Paris.
Topic Berkaitan
#Amedy Coulibaly
#Hayat Bourmeddiene
#Ketua Polis Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan