KUALA LUMPUR: Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN) di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata program yang berlangsung bermula 4 hingga 14 Ogos itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Karnival MAHA bukan sahaja mempamerkan apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan iaitu apabila membicarakan mengenai sekuriti makanan yang membabitkan nelayan, peladang dan sebagainya termasuk syarikat swasta tapi ia memberikan gambaran rakyat Malaysia dapat hadir bersama mengambil bahagian.
“Gerai pameran KPN ini telah dimulakan sejak dari 4 Ogos lepas dan ramai hadir membabitkan masyarakat yang majmuk dari segi kepelbagaian agama, budaya adat resam dan sebagainya.
“Pada masa yang sama, saya berharap apabila pengunjung hadir ke gerai pameran KPN ini dapat menerapkan agenda Semarak Uniti sebagai pengisian keluarga Malaysia,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Pada masa yang sama Uniti Berita Challenge hasil kerjasama KPN Semarak Uniti dan Astro AWANI turut diadakan bagi menarik orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan MAHA kali ini.
Program ini dilaksanakan pada 6, 13 dan 14 ogos pada jam 2.00 hingga 4.00 petang di Dewan A, MAEPS Serdang.
Antara pameran yang terlibat adalah Projek Ekonomi KRT seperti Projek Pertanian dan Penternakan (Akuaponik), Projek Pertanian (Hidroponik dan Tanaman Pasu), Projek Pertanian (Unity Gardening Drum, UGD) dan Pameran produk keluaran KRT (Sos Cili Warisan, kerepek dan mini popia, sambal hitam, madu kelulut dan bertih jagung).
Terdapat juga aktiviti menarik di Rumah KAMI dengan pengisian seperti Jom Cuba (makanan, pakaian, alat muzik dan kesenian, kraf tangan dan permainan), pameran busana serta kesenian dan alat muzik.
Di samping aktiviti Pentas Mini di gerai KPN yang membawa persembahan kebudayaan, kesenian (alat muzik), instrumen (angklung dan cak lempong), buskers dan persembahan sapelele pastinya akan memukau orang ramai yang mengunjungi karnival itu.
Selain itu, aktiviti Sembang Kopitiam UNITI bersama pesohor media sosial yang dijemput khas juga turut diadakan dengan membincangkan topik-topik menarik berkaitan perpaduan kepada pengunjung.
Selepas penat berjalan, pengunjung mungkin boleh mencuba nasib dengan menyertai aktiviti menarik seperti Roda Perpaduan yang menyediakan hadiah-hadiah menarik.
Bagi mereka yang gemar akan swafoto, ini peluang keemasan untuk menunjukkan bakat anda menerusi Pertandingan Selfie UNITI. Anda berpeluang untuk berkongsi foto atau detik-detik perpaduan dan ‘tag’ Facebook KPN.
Eton Khir
Sat Aug 06 2022

Halimah berkata program yang berlangsung bermula 4 hingga 14 Ogos itu bertepatan sebagai platform untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

'Saya sepatutnya berlakon dalam Top Gun bersama Tom Cruise' - Lewis Hamilton
Juara dunia tujuh kali itu memberitahu bahawa dia sangat terdesak untuk mendapat watak dalam filem berkenaan.
![[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti [TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1981847/thumbnails/21620390761660042476121_640x360.jpg)
[TERKINI] Penggulungan RUU larang ahli Dewan Rakyat tukar parti
Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis, mengulas kelulusan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 atau Akta Antilompat Parti dengan majoriti melebihi dua pertiga di Dewan Negara.

GEG | Agong harap RUU rokok disokong semua pihak
Usaha kerajaan untuk menjamin kesihatan serta kesejahteraan rakyat khususnya generasi akan datang menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok perlu disokong semua pihak. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, generasi muda perlu dididik dengan amalan-amalan kesihatan yang baik.

Perkeso bayar 279,111 pekerja akibat COVID-19 - Awang Hashim
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, seramai 279,111 penerima faedah Perkeso dan dibayar akibat jangkitan COVID-19 menerima faedah sehingga 16 Julai 2022.

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang siap.

Siasatan LCS | PAC pertahan tindakan dedah maklumat LCS
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mempertahankan tindakan jawatankuasa itu mendedahkan laporan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada umum.

Haiwan Dilindungi | Warga asing dipenjara simpan kepala rusa, bulu landak
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Selasa, selepas didapati bersalah memilik kepala rusa, tanduk kijang dan bulu landak. Tertuduh Jesus A Apolina Rion, 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darma Fikri Abu Adam.

Tangki Air Runtuh | Lima pelajar cedera dikejar ke hospital
Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu dikejarkan ke hospital serta klinik kesihatan selepas tangki air sekolah berkenaan runtuh. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi.

Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.

KPN: Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia jadi platform pupuk semangat perpaduan
Menyemai semangat perpaduan dalam kalangan rakyat antara matlamat Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia anjuran Kementerian Perpaduan Negara (KPN).

Mahkamah tolak permohonan Indira Gandhi untuk mulakan prosiding terhadap KPN
Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran oleh M. Indira Gandhi untuk memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ketua Polis Negara (KPN).

Buka sempadan: PDRM sedia tingkat kawalan keselamatan - KPN
PDRM telah bersedia dan akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan negara sempena pembukaan sempadan Jumaat ini.

Sambutan Hari Polis ke-215 di seluruh negara penuh istiadat kepolisan
Bertemakan 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada', sambutan Peringatan Hari Polis ke-215 secara serentak di seluruh negara pada hari ini, diadakan dengan penuh istiadat kepolisan.

47 mangsa korban banjir seluruh negara, lima masih hilang - KPN
Polis Diraja Malaysia mengesahkan seramai 47 orang menjadi mangsa korban banjir seluruh negara sehingga kini dan lima lagi masih hilang.

Kes saman Indira Gandhi: Rayuan KPN, kerajaan didengar 18 April 2022
Indira Gandhi memfailkan saman itu pada 28 Okt tahun lepas dan menamakan KPN, PDRM, KDN serta kerajaan sebagai defendan pertama hingga keempat.

Isu Mitra: Kementerian sedia beri kerjasama kepada SPRM - Halimah
KPN bersedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung isu yang tular berkaitan geran kewangan Mitra, sebuah agensi di bawah kementerian itu.

Kemelut politik: Keselamatan negara terkawal - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terkawal di sebalik kemeluk politik yang sedang berlaku.

KPN tetapkan SOP rumah ibadat selain Islam untuk penerima lengkap vaksinasi
SOP bagi pembukaan rumah ibadat selain Islam dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk penerima vaksin COVID-19 lengkap sudah diselaras.

MOVAK mudahkan warga emas, pesakit komorbid terima vaksin
Kebanyakan penerima vaksin di bawah MOVAK berpuas hati dengan proses pemberian suntikan dos pertama yang dilaksanakan di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dekat Teluk Bahang.