NATIONAL
KPN rakam ucapan penghargaan, terima kasih

MOHAMAD FUZI merakamkan ucapan penghargaan kepada warga PDRM dan seluruh pihak yang terlibat. - Gambar Astro AWANI
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun merakamkan ucapan penghargaan kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam membantu melancarkan proses pengebumian isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Azizah Hamdi yang telah kembali ke rahmahtullah pada Jumaat.
Mohamad Fuzi turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu proses pengebumian tersebut.
"Alhamdulillah, segala urusan pengebumian Allahyarhamah pagi tadi di Kampung Rapat Jaya, Ipoh Perak telah dipermudahkan Allah SWT.
"Setinggi-tinggi terima kasih juga kami ucapkan kepada semua pihak yang telah mengirimkan ucapan dan bersama-sama kami dalam saat kehilangan insan tersayang," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami