awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN rancang tambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara

Bernama
Bernama
21/03/2021
09:30 MYT
KPN rancang tambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara
Datuk Halimah Mohamed Sadique (tiga, kiri) pada Program Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Starter Kit Tabika Perpaduan di Dewan Muafakat Johor, Taman Pasak Indah, hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Kementerian Perpaduan Negara merancang menambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara sebagai usaha berterusan memupuk semangat perpaduan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata setakat ini, terdapat 1,781 Tabika Perpaduan dengan 35,238 murid di seluruh negara.
Beliau berkata Jabatan Perpaduan Negeri akan melakukan semakan dan bancian terlebih dahulu sebelum hasrat itu dilaksanakan dan setakat ini, Perlis, Melaka serta Putrajaya merupakan antara negeri paling sedikit memiliki tabika tersebut.
"Tabika Perpaduan ini adalah dalam kawasan penempatan perbandaran terutama dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Rasionalnya, bilangan yang kita tambah itu adalah berdasarkan bancian yang sedang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan starter kit Tabika Perpaduan, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu juga berkata silibus pembelajaran Tabika Perpaduan ditambah baik dengan pengenalan dua mata pelajaran baharu iaitu pendidikan asas Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
"Anak-Anak ini berkawan dengan pelbagai kaum, oleh sebab itu, kita perkenalkan silibus baharu ini. Jadi, kita harap kualiti silibus mengikut ketetapan yang ditentukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
"Pada masa sama, kita juga perkenalkan silibus kemahiran diri untuk ajar mereka bagaimana menguruskan diri, kemas katil, kasut disusun di mana dan sebagainya," katanya.
Halimah berkata pada tahun ini, murid Tabika Perpaduan turut diberikan pelbagai kelengkapan persekolahan seperti dua pasang uniform, tudung, beg serta kasut sekolah dan peralatan menulis secara percuma dalam usaha membantu ibu bapa ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Menyentuh Komuniti Rukun Tetangga (KRT), beliau berkata jumlahnya juga akan ditambah mengikut populasi iaitu mewujudkan KRT bagi setiap 1,000 rumah di satu-satu kawasan.
"Ini dasar baharu yang saya buat. Kalau dahulu 1,500 rumah satu KRT tetapi sekarang kita kecilkan kepada 1,000 dengan satu KRT, begitu juga dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS)," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabika Perpaduan
#KPN
#kementerian perpaduan negara
#pendidikan awal
#Kanak-kanak
#Halimah Mohamed Sadique
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan