awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPN sahkan penemuan motosikal suspek kes tembak Dr Fadi

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2018
11:16 MYT
KPN sahkan penemuan motosikal suspek kes tembak Dr Fadi
MOHAMAD FUZI: Motosikal itu kita dapati dalam keadaan baik dan difahamkan ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu. -Gambar fail
Polis mengesahkan penemuan sebuah motosikal dipercayai digunakan dua suspek dalam kes tembak mati imam dan pensyarah universiti warga Palestin, Allahyarham Dr Fadi Mohammed Albatsh di Setapak, awal pagi Sabtu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata motosikal itu ditemukan di kawasan berhampiran tasik di Danau Kota oleh orang awam tengah hari ini.
"Ya, kita ada jumpa motosikal yang dipercayai digunakan oleh dua suspek dalam pembunuhan itu pada 21 April lalu.
“Motosikal itu kita dapati dalam keadaan baik dan difahamkan ditinggalkan di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu," kata Mohamad Fuzi kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan taklimat persediaan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, pada Isnin.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan model motosikal berkenaan walaupun media sebelum ini melaporkan ia mungkin daripada model BMW GS atau Kawasaki Versys.
BACA: Siapa Dr Fadi AlBatsh?
Semalam, polis melancarkan operasi besar-besaran termasuk mengedarkan lakaran wajah dua suspek yang didakwa menembak mati Dr Fadi dalam satu kejadian pada 21 April lalu.
Sabtu lalu, Dr Fadi ditemukan mati setelah ditembak berkali-kali oleh dua suspek yang menaiki motosikal berkuasa tinggi di hadapan Kondominium Idaman Puteri di Jalan Meranti dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi.
Hasil bedah siasat mendapati sebanyak 14 butir peluru ditemukan pada badan dan kepala mangsa.
Topic Berkaitan
#BMW GS
#Dr Fadi
#Fadi Mohammed Albatsh
#IGP
#Kawasaki Versys
#Ketua Polis Negara
#Mohamad Fuzi Harun
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan