awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM akan dapatkan perintah tetap jagaan abang dan adik mangsa dera

Bernama
Bernama
26/08/2013
06:02 MYT
KPWKM akan dapatkan perintah tetap jagaan abang dan adik mangsa dera
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mendapatkan perintah tetap jagaan kanak-kanak ke atas abang dan adik kepada mangsa dera berumur lima tahun yang meninggal dunia semalam. Menteri berkenaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata perintah di bawah Akta Kanak-kanak 2001 itu akan dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat terhadap kanak-kanak berusia lapan dan dua tahun itu dalam tempoh terdekat. "Bagaimanapun kementerian akan memberi tempoh sebulan kepada keluarga dan waris terdekat untuk tuntut hak jagaan dua kanak-kanak berkenaan. "Sekiranya tiada keluarga atau waris yang tampil kami akan dapatkan perintah tetap jagaan di mahkamah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program jelajah pengarah wanita, di sini hari ini. Semalam, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Perak, setelah 11 hari koma, dipercayai akibat didera dengan kejam oleh ibu kandungnya. Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A. Paramasivam berkata kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada pukul 2.40 petang.
Topic Berkaitan
#Datuk Rohani Abdul Karim
#Keluarga dan Masyarakat
#Kementerian Pembangunan Wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan