awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM akan memasukkan ekonomi penjagaan dalam pembangunan negara - Nancy

Fareez Azman
Fareez Azman
11/07/2023
13:54 MYT
KPWKM akan memasukkan ekonomi penjagaan dalam pembangunan negara - Nancy
Nancy berkata, aktiviti penjagaan oleh wanita selalu tidak dibayar dan tidak diiktiraf menyebabkan masa mereka terpaksa dibahagikan daripada mengejar peluang dalam pekerjaan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berusaha memasukkan ekonomi penjagaan ke dalam perancangan dan pembangunan negara.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, aktiviti penjagaan oleh wanita selalu tidak dibayar dan tidak diiktiraf menyebabkan masa mereka terpaksa dibahagikan daripada mengejar peluang dalam pekerjaan.
"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, graduan wanita membentuk lebih separuh daripada kadar pengangguran semasa. Ini adalah salah satu kesan jantina daripada penjagaan tanpa gaji dan kerja rumah," jelasnya semasa berucap sempena sambutan 50 tahun Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNFPA) di ibu negara pada Selasa.
Dalam pada itu kata Nancy, beberapa perkara harus dikenal pasti bagi memasukkan ekonomi penjagaan ke dalam pembangunan negara.
Jelasnya, ia termasuk jurang data, keperluan infrastruktur serta keperluan perundangan daripada pihak berkepentingan.
"Sebagai contoh, data penting dalam purata masa yang dihabiskan untuk menyediakan penjagaan untuk lelaki dan wanita dalam isi rumah.
"Daripada data ini, kami dapat mengenal pasti defisit penjagaan dan bidang yang diperlukan untuk disasarkan oleh dasar yang berkaitan," ujarnya.
Mengulas lanjut jelas Nancy, pendekatan 3R iaitu pengiktirafan, pengurangan dan pengagihan semula perlu direalisasikan bagi menangani isu penjagaan tanpa gaji oleh wanita.
Katanya, berdasarkan data yang dikeluarkan, purata masa dihabiskan untuk menyediakan penjagaan anak untuk lelaki dan wanita dalam isi rumah.
Topic Berkaitan
#KPWKM
#Nancy Shukri
#penjagaan anak
#purata masa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan