KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan mewujudkan pusat jagaan warga emas di fasiliti kerajaan tahun depan, dengan caj perkhidmatan penjagaan pada kadar minimum.
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha ini bagi meringankan beban penjawat awam terutama golongan wanita yang bergelut dengan kerja dan pada masa sama mahu menjaga orang tua.
"Ini merupakan inisiatif kerajaan untuk membawa wanita yang telah berhenti kerja demi menjaga orang tua, untuk kembali sebagai tenaga kerja," katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen MindCare: Proactive Mental Health Support for Caregiving Communities di sini hari ini.
Beliau berkata ia penting untuk meningkatkan penyertaan tenaga kerja wanita kepada 59 peratus menjelang 2025 seperti yang disasarkan oleh KPWKM.
"Untuk mencapai peratusan itu, kerajaan perlu memainkan peranan dengan memastikan adanya pusat jagaan kanak-kanak atau warga emas kerana mereka (wanita) berkemungkinan mempunyai ibu bapa yang perlu dijaga.
NANCY-PUSAT JAGAAN WARGA EMAS 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Negara memerlukan wanita untuk kembali bekerja," katanya.
Nancy berkata penyertaan daripada sektor swasta dalam menyediakan kemudahan penjagaan pada kos berpatutan turut memberikan kelegaan bagi mereka yang memerlukan bantuan penjagaan.
Selain itu, KPWKM juga berharap dapat menyiapkan sebuah pusat penempatan sementara merangkumi pusat jagaan warga emas serta pusat jagaan harian di kemudahan kerajaan yang baru dibina di Nibong Tebal, Pulau Pinang tahun depan.
Sementara itu, kempen MindCare adalah usaha Kiddocare dan FWD Takaful bertujuan mempromosi dan memperkasa kesejahteraan mental dalam kalangan penjaga di negara ini.
Bagi menangani isu kesihatan mental dihadapi masyarakat, Nancy dalam ucaptamanya berkata industri penjagaan memerlukan latihan penilaian bagi menyediakan persekitaran yang lebih menyokong dan inklusif untuk penjaga serta penerima penjagaan di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2023
Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha ini bagi meringankan beban penjawat awam terutama golongan wanita yang bergelut dengan kerja dan pada masa sama mahu menjaga orang tua. - Gambar fail/BERNAMA
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap lelaki semakin meningkat - Nancy
Aduan berkaitan gangguan seksual terhadap golongan lelaki semakin meningkat di negara ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Jangan biarkan ibu meroyan bersendirian di rumah - Nancy
Pasangan atau ahli keluarga tidak sepatutnya membiarkan ibu yang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin atau lebih dikenali sebagai meroyan, berseorangan di rumah.
KPWKM cadang tubuh satu Anjung Kasih YKN setiap negeri
Pada masa ini terdapat 19 Anjung Kasih YKN yang beroperasi sepenuhnya termasuk terbaharu disediakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Banjir: Pegawai, kaunselor KPWKM dalam mod siap siaga
Seramai 8,543 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga dalam keadaan bersedia bagi membantu melancarkan pengoperasian di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Tambang percuma perkhidmatan Prasarana buat OKU mudahkan kebolehcapaian - Nancy
Pemberian tambang percuma perkhidmatan pengangkutan awam kendalian Prasarana kepada golongan OKU membuka lebih banyak peluang dan memudahkan kebolehcapaian untuk komuniti berkenaan.
Kerajaan peruntuk RM35.8 juta kepada JKM hadapi Monsun Timur Laut 2023/2024
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM35.8 juta kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menghadapi bencana pada tahun 2023 dan 2024.
KPWKM sedia tawar khidmat kaunseling buat keluarga Zayn Rayyan - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak autisme Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
KPWKM komited perkasa pendidikan kesihatan reproduktif, gejala sosial
KPWKM terus komited dalam melipatgandakan usaha memperkasakan pendidikan kesihatan reproduktif dan gejala sosial dalam kalangan remaja.