awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM galak pengusaha sediakan fasiliti penjagaan warga emas

Bernama
Bernama
23/11/2023
22:00 MYT
KPWKM galak pengusaha sediakan fasiliti penjagaan warga emas
Malaysia sedang menuju status negara tua menjelang tahun 2030. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggalakkan lebih ramai pengusaha untuk menyediakan fasiliti penjagaan warga emas, ketika Malaysia mencapai status negara tua menjelang 2030.
KPWKM dalam kenyataan semalam memaklumkan pihaknya ingin membuat penjelasan dan pembetulan kepada kenyataan media mengenai 'Pengwujudan Pusat Jagaan Warga Emas di Fasiliti Kerajaan' yang disiarkan di beberapa media pada Rabu.
"Seperti semua sedia maklum, Malaysia sedang menuju status negara tua menjelang tahun 2030. Justeru, kerajaan menggalakkan lebih ramai pengusaha untuk menyediakan fasiliti penjagaan warga emas," menurut kenyataan itu.
KPWKM turut memaklumkan bahawa kerajaan juga komited dalam membekalkan sistem sokongan dan persekitaran kondusif bagi meningkatkan penyertaan 60 peratus wanita dalam pasaran buruh dengan mengambil langkah proaktif melalui penyediaan insentif kepada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (taska) di fasiliti kerajaan.
"Kerajaan juga menyediakan kemudahan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#fasiliti penjagaan warga emas
#status negara tua
#pengusaha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan