awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026

KPWKM mahu perkasa program Skuad Waja bagi tingkat kesedaran isu jenayah dalam komuniti

Bernama
Bernama
14/12/2023
20:08 MYT
KPWKM mahu perkasa program Skuad Waja bagi tingkat kesedaran isu jenayah dalam komuniti
Nancy ketika sidang akhbar pada majlis perasmian penutup seminar Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita di Maktab Polis Cheras, Kuala Lumpur, 14 Dis 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mahu memperkasa program Skuad Wanita Anti Jenayah (Waja) bagi meningkatkan kesedaran mengenai isu jenayah dalam usaha mengelakkan kes kematian Zayn Rayyan Abdul Matiin daripada berulang.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata Skuad Waja boleh bertindak sebagai penggerak balas pertama dalam komuniti sekiranya berlaku kes jenayah dan keganasan.
"Skuad Waja ini terdiri daripada masyarakat termasuk orang kampung di mana mereka membantu untuk mengambil tindakan apabila berlaku keganasan ataupun apa-apa yang berkaitan dengan masyarakat, jadi merekalah yang membantu.
"Tetapi dalam hal ini kita perlu meningkatkan ilmu mereka dengan memberi ilmu dari segi pengetahuan undang-undang apa yang boleh mereka lakukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Seminar Jawatankuasa Pembangunan Pengurusan Polis Wanita (JPPPW) 2023 di sini, semalam.
Nancy berkata skuad berkenaan juga boleh diintegrasikan dengan Ops Cantas Khas Wanita iaitu pasukan yang dikendalikan pegawai dan anggota polis wanita bagi melaksanakan program kesedaran isu jenayah dalam komuniti.
Beliau berkata ketika ini terdapat 328,558 ahli bagi Skuad Waja di seluruh negara.
Dalam pada itu, Nancy menyeru masyarakat khususnya ibu bapa untuk lebih peka keadaan sekeliling dan mengambil iktibar daripada kes kematian Zayn Rayyan.
"Kita perlu peka pergerakan anak-anak kerana kita tidak mahu ada orang mengambil peluang daripada kehadiran seorang anak yang merayau, misalnya...biarlah kita bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan anak-anak kita sentiasa dalam penjagaan dan pemerhatian," katanya.
Dalam perkembangan sama, Nancy berkata KPWKM bersedia memberikan perkhidmatan sesi kaunseling kepada keluarga Zayn Rayyan dalam mengharungi dugaan itu.
Kanak-kanak autistik berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai, sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Skuad WAJA
#Nancy Shukri
#jenayah
#Zayn Rayyan Abdul Matiin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.