PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memastikan kebajikan keluarga serta bayi berusia tujuh bulan yang cedera selepas kepalanya dihempas oleh pengasuh dalam insiden di Ipoh, Perak terbela.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata beliau telah mengarahkan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil intervensi bersesuaian terhadap keluarga dan bayi tersebut.
"Saya amat kesal dengan insiden yang berlaku dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya," katanya dalam kenyataan hari ini
Semalam, Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata seorang pengasuh wanita berumur 22 tahun ditahan berhubung cubaan bunuh selepas dipercayai menghempas bayi berusia tujuh bulan di sebuah rumah di Taman Desa Pelancongan, Ipoh.
Rina berkata kes penganiayaan terhadap bayi kerap menjadi isu hangat di media dan jenayah tersebut wajar diberi tumpuan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar pelaku dihadapkan ke muka pengadilan dengan segera bersandarkan bukti yang diperoleh.
BACA: Polis tahan pengasuh dipercayai hempas kepala bayi 7 bulan
Beliau berkata insiden seumpama itu boleh menggugat keyakinan ibu bapa untuk menghantar anak mereka ke rumah pengasuh mahupun pusat penjagaan, tambahan lagi ketika sektor pekerjaan sudah mula dibuka secara berfasa.
"Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Insiden ini turut memberi impak buruk kepada pengasuh-pengasuh lain yang selama ini memberi perhatian yang baik terhadap aspek pengasuhan serta kebajikan bayi," katanya.
Rina turut menasihatkan ibu bapa agar mendapatkan khidmat pengasuhan yang berdaftar dengan JKM bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak mereka.
Maklumat berkaitan pengasuh dan TASKA berdaftar boleh didapati di laman web www.jkm.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Rina berkata beliau telah mengarahkan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil intervensi bersesuaian terhadap keluarga dan bayi tersebut.- Gambar fail
Dron bawah laut mirip ikan pari
Manta Ray dibangunkan sebagai projek dron bawah laut yang boleh beroperasi tanpa sebarang campur tangan manusia.
Pelaburan Microsoft cerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia
Pelaburan tunggal terbesar Microsoft sebanyak AS$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang mencerminkan keyakinannya terhadap potensi digital Malaysia.
AWANI Ringkas: Kedudukan indeks kebebasan media Malaysia jatuh 34 tangga
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkeso laksana jerayawara bermula Isnin, beri penerangan caruman SKSSR
Perkeso akan melaksanakan jerayawara bermula Isnin ini bertujuan memberi penerangan mengenai kaedah penajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).
10,106 kes jenayah komersial dicatat sejak Januari-April, libat kerugian RM866 juta
Sejumlah 10,106 kes jenayah komersial direkodkan melibatkan kerugian melebihi RM866 juta bermula Januari hingga 28 April tahun ini.
Sindiket tipu pelaburan di TikTok tumpas, lapan ditahan
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata mereka yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 43 tahun.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.
Kapal Handala milik FFC ke Eropah Utara, anjur protes tentang kekejaman Israel di Gaza
Kapal Handala milik Freedom Flotilla Coalition (FFC) akan belayar ke beberapa negara di utara Eropah sebelum meneruskan pelayaran ke Gaza.
Kerugian wang mangsa penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan
Kerugian wang dialami pelabur yang menjadi mangsa skim penipuan pelaburan tidak dapat dikembalikan meskipun melalui proses perundangan.
Majoriti waris sudah setuju pindah kubur untuk ECRL - MB Selangor
Kerajaan negeri menerusi JAIS dan PBT ketika ini sedang menumpukan usaha mendapatkan persetujuan baki waris lain yang terlibat.
Cuai jaga bayi: Pengasuh taska didenda RM40,000, khidmat masyarakat
Seorang pengasuh taska didenda RM40,000 dengan bon berkelakuan baik dua tahun dan diperintah menjalani khidmat masyarakat 100 jam selepas mengaku bersalah cuai terhadap dua orang bayi.
Kasari bayi: JKM tutup operasi taska tidak berlesen serta-merta
Selain taska di Mutiara Rini, Skudai, cawangan taska itu di Jalan Abd Samad dan Gelang Patah juga ditutup.
Pengasuh tular dera bayi direman
Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan reman selama empat hari kepada seorang wanita yang dipercayai terlibat dalam kes dera dan mengasari dua bayi di sebuah taska.
Polis kesan individu bantu siasatan kes dera bayi di taska
Polis sedang mengesan individu bagi membantu siasatan berhubung kes mendera bayi di sebuah taska di Mutiara Rini.
Ibu kandung ditahan disyaki dera bayi 10 bulan
Polis menahan seorang suri rumah kerana dipercayai mendera anak kandungnya yang berusia 10 bulan sehingga mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, di sini Khamis lalu.
Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera
Perintah reman bermula semalam sehingga Isnin depan terhadap wanita bersama teman lelakinya, kedua-duanya berumur 30 tahun bagi membantu siasatan.
Polis siasat pengasuh didakwa dera bayi
Pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan kecederaan tisu lembut pada lengan mangsa.
Abai bayi sehingga patah tulang belakang: Pengasuh dipenjara setahun, denda RM10,000
Dia bersalah mengabaikan seorang bayi lelaki berusia 11 bulan sehingga menyebabkan mangsa patah tulang belakang dan lumpuh separuh badan.
KPWKM pastikan kebajikan keluarga, bayi dicederakan pengasuh terbela
Menterinya telah mengarahkan KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil intervensi bersesuaian terhadap keluarga dan bayi tersebut.
Polis tahan pengasuh dipercayai hempas kepala bayi 7 bulan
Polis menahan seorang pengasuh wanita yang dipercayai menghempas bayi berusia tujuh bulan kerana marah mangsa tidak berhenti menangis, baru-baru ini.