awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
8,006 sukarelawan SPM dilantik tahun ini, tertinggi sejak 2023 - Fadhlina
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM saran OKU, warga emas diberi keutamaan suntikan vaksin fasa pertama

Bernama
Bernama
16/02/2021
05:43 MYT
KPWKM saran OKU, warga emas diberi keutamaan suntikan vaksin fasa pertama
Rina berkata mereka yang terlibat terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM serta 19,439 OKU berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Sebanyak 68,003 OKU dan warga emas akan menerima suntikan vaksin dalam fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata mereka yang terlibat terdiri daripada 48,564 warga emas merangkumi ahli Pusat Aktiviti Warga Emas dan penghuni institusi seliaan KPWKM serta 19,439 Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar yang juga pelatih Program Pemulihan Dalam Komuniti.
"Saya menyambut baik dan berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi keutamaan kepada kumpulan sasar kementerian saya serta frontliners kami iaitu petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapat suntikan vaksin bagi fasa pertama," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rina turut mencadangkan agar institusi untuk warga emas dan OKU yang diselenggara oleh pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diberi keutamaan bagi mendapatkan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
BACA: Ikuti perkembangan berita terkini vaksin COVID-19. Klik di sini.
BACA: Vaksin COVID-19 tiba Ahad ini, PM terima suntikan 26 Feb
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara berfasa bermula 26 Feb ini. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin itu pada hari pertama pelaksanaan program berkenaan bersama-sama petugas barisan hadapan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin
#Rina Harun
#COVID-19
#Muhyiddin Yassin
#Perdana Menteri
#KPWKM
#warga emas
#OKU
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan