awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar tinjau operasi ETS3 KL-JB
Jualan petrol luar biasa di sempadan disyaki berlaku penyelewengan - KPDN
Tiada kes bunuh, samun senjata api di Terengganu dua tahun berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KPWKM wujud Skuad Prihatin Negara bantu golongan terkesan banjir

Bernama
Bernama
10/01/2021
20:02 MYT
KPWKM wujud Skuad Prihatin Negara bantu golongan terkesan banjir
Skuad kesukarelawan dan kebajikan itu dianggotai warga kerja kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang awam. - Bernama
KOTA TINGGI:Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewujudkan Skuad Prihatin Negara (SPN) dalam usaha membantu golongan yang terkesan banjir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM Mohd Yusri Mohd Yusoff berkata skuad kesukarelawan dan kebajikan itu dianggotai warga kerja kementerian, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat korporat dan orang awam.
Beliau berkata pewujudan SPN adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap isu-isu dan permasalahan rakyat dengan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dan kemanusiaan sebagai menepati hasrat untuk mendampingi rakyat di peringkat akar umbi.
"Menyedari akan keperluan semasa negara yang berhadapan dengan bencana banjir yang telah menjejaskan kehidupan seharian sebahagian rakyat Malaysia, kementerian mengambil inisiatif mewujudkan SPN dalam usaha membantu golongan yang terkesan semasa dan pascabanjir.
"Sebagai permulaan, sukarelawan Skuad Prihatin Negara dipelopori oleh warga kerja KPWKM sendiri untuk membantu komuniti yang terjejas di daerah Kota Tinggi," katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Ahad.
Mohd Yusri berkata SPN memberi perkhidmatan berasaskan komuniti lebih mesra dan praktikal kepada rakyat yang memerlukan.
Beliau berkata skuad itu dijadual dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Pelancaran Kembara Prihatin Negara pada 15 Jan di Pagoh.
"Diharapkan agar pelaksanaan program ini dapat meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di samping dapat mengembalikan semangat gotong-royong serta amalan tolong-menolong berganding bahu, agar yang berat menjadi ringan," katanya.
Orang ramai yang berminat untuk menjadi sukarelawan SPN boleh berhubung dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#mangsa banjir
#Skuad Prihatin Negara
#SPN
#Mohd Yusri Mohd Yusoff
#Kota Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan