Kren tumbang Kampung Baru: UDA tutup lokasi insiden serta-merta
UDA telah mengambil langkah-langkah segera untuk memaklumkan kepada pihak-pihak terbabit dan menutup kawasan kejadian 'crane boom' (bum kren) yang jatuh di sebuah tapak pembinaan di sini.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Thu Nov 09 2017
Siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
UDA Holdings Berhad (UDA) telah mengambil langkah segera untuk memaklumkan pihak terbabit dan menutup kawasan kejadian “crane boom” (bum kren) yang jatuh di sebuah tapak pembinaan di sini hari ini.
Menurut UDA dalam satu kenyataan hari ini, siasatan terperinci sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian ini.
Maklumat lebih lanjut akan diberikan sebaik sahaja siasatan selesai dijalankan menurut seorang wakil dari syarikat perumahan itu.
UDA Holdings Berhad berkata ia kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan mengambil segala pendekatan yang perlu bagi mengelakkan kejadian yang seumpamanya berlaku pada masa hadapan.