Sebuah kren tumbang di sebuah tapak pembinaan di Kampung Baru, ibu negara pagi tadi mengakibatkan tiga mangsa cedera selain beberapa kenderaan remuk.

Tiga mangsa kejadian kren “crane boom” yang jatuh di tapak pembinaansebuah projek pembinaan itu telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Menurut maklumat awal anggota Angkatan Pertahanan Awam, tiga mangsa terbabit disahkan seorang pekerja binaan dan dua orang awam.

Mangsa orang awam satu wanita lingkungan 30-an mengalami patah bahu dan seorang mangsa warga emas mengalami luka-luka akibat terkena serpihan cermin kereta yang pecah akibat libasan kabel kren.

Pemaju pembinaan UDA Holdings Bhd dalam kenyataannya menjelaskan, kerja-kerja pembinaan dihentikan sehingga siasatan berhubung kejadian selesai dibuat.

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Ada 'Pak Haji' dalam kereta tu!

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: Tiga cedera, kereta remuk

BACA: Kren tumbang Kampung Baru: UDA tutup lokasi insiden serta-merta


Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR




Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP, Shaharuddin Abdullah yang mengesahkan kejadian itu, berkata insiden berlaku kira-kira 1 tengah hari.

Wanita itu yang cedera ringan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberi rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau juga berkata keadaan di lokasi kejadian adalah terkawal dan tapak pembinaan tersebut ditutup sementara bagi memberi laluan kepada siasatan termasuk mengenal pasti punca kren itu tumbang.