KUALA TERENGGANU:Tahukah anda losyen badan serta krim pelindung matahari yang digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di laut seperti selam snorkel dan selam skuba boleh mengancam kepupusan batu karang.
Walau kedengarannya agak melucukan namun itu adalah realiti yang berlaku ketika ini apabila pelancong lebih teruja untuk melindungi kulit mereka berbanding memahami tentang pemuliharaan serta kerosakan 'harta' berharga di lautan itu.
Pakar penyelidik batu karang Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Tan Chun Hong berkata krim pelindung matahari dan losyen badan berfungsi dengan membentuk satu lapisan atas permukaan kulit untuk menghalang cahaya matahari.
"Apabila seseorang berada di dalam laut, kajian menunjukkan losyen badan dan krim pelindung matahari itu akan larut dalam air yang mana ia menyebabkan bahan kimia yang ada akan diserap dan terkumpul dalam badan batu karang.
"Sehingga mencapai tahap tertentu, ia boleh mengakibatkan kelunturan warna, merosakkan DNA, menyebabkan tumbesaran terbantut dalam tahap juvenil dan juga boleh mengakibatkan kematian batu karang jika kuantiti yang diserap terlalu tinggi," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Kandungan dalam krim pelindung matahari yang berbahaya kepada batu karang antaranya seperti Oxybenzone, Benzophenone-1, Benzophenone-8, OD-PABA, 4-Methylbenzylidene camphor, 3-Benzylidene camphor, nano-Titanium dioxide, nano-Zinc oxide, Octinoxate dan Octocrylene.
Bagaimanapun, beliau berkata kesalahan tidak boleh dituding kepada pelancong semata-mata kerana mereka tidak tahu mengenai impak aktiviti rekreasi itu kerana tidak diberi kesedaran dan pendidikan yang mencukupi.
"Penggunaan krim pelindung matahari dan losyen badan yang organik dapat membantu mengurangkan ancaman kemusnahan terhadap batu karang," katanya yang turut menekankan bahawa ancaman kemusnahan batu karang terbahagi kepada dua iaitu faktor alam semula jadi seperti arus ombak kuat serta tsunami dan aktiviti manusia yang menyumbang kepada pemanasan global seperti El Nino seterusnya berlaku fenomena kelunturan warna yang menyebabkan batu karang itu mati.
Tambahnya, ramai yang beranggapan bahawa aktiviti pelancongan di pulau-pulau Malaysia adalah faktor terbesar menyebabkan ancaman kemusnahan batu karang di negara ini sedangkan anggapan itu kurang tepat kerana setiap individu adalah bertanggungjawab terhadap ancaman itu.
"Ini kerana penggunaan tenaga elektrik, pelepasan karbon dioksida, pembuangan sampah, penggunaan racun kimia industri pertanian dan perkilangan serta pencemaran alam sekitar adalah penyebab utama kepada berlakunya perubahan iklim dan pemanasan global di seluruh dunia," katanya.
Setakat ini, dunia telah mengalami tiga kali kelunturan warna karang yang berskala besar iaitu pada 1997 hingga 1998, 2010 dan paling kritikal pada 2016 hingga 2017 yang menyebabkan kematian tinggi ekosistem terumbu karang terbesar di dunia yang terletak di Australia (Great Barrier Reef), malah ada sesetengah kawasan di situ mengalami kematian 90 hingga 95 peratus.
Bagaimanapun, Malaysia masih bernasib baik impak kelunturan warna itu hanya menyebabkan kematian antara lima hingga 10 peratus sahaja namun, dengan suhu global yang semakin meningkat dan tidak terkawal berkemungkinan Malaysia akan menerima tempiasnya.
"Walaupun kematian yang direkodkan hanya lima hingga 10 peratus sahaja, ia adalah sangat serius kerana tumbesaran batu karang sangat perlahan iaitu puratanya hanya 10 sentimeter sahaja untuk tempoh setahun, malah untuk karang berbentuk massif, ia hanya tumbuh sebanyak satu milimeter (mm) sahaja setahun," katanya.
Ditanya apakah peranan UMT dalam memastikan kelestarian ekosistem terumbu karang agar ia mampu bertahan untuk generasi akan datang, beliau berkata beberapa kumpulan penyelidik universiti itu giat melakukan beberapa kajian berkaitan sistem reproduktif, tumbesaran dan merekodkan sebanyak mungkin lokasinya di perairan negara.
Beliau turut menyarankan agar kerajaan melaksanakan pengkelasan zon untuk memelihara kewujudan terumbu karang yang masih ada di perairan Malaysia agar mudah untuk agensi penguatkuasa membuat pemantauan.
"Kita cadangkan agar kerajaan isytihar beberapa zon contohnya zon khas untuk aktiviti rekreasi pelancongan, penyelidikan dan zon khas yang perlu ditutup untuk semua aktiviti agar habitatnya kekal tidak diganggu.
"Paling penting adalah peranan pengusaha resort, selam snorkel dan selam skuba untuk mengingatkan pelancong agar tidak menyentuh batu karang ini dan sebolehnya gunakan losyen atau krim organik yang lebih mesra alam sekitar ketika melakukan aktiviti rekreasi tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 18 2020
Tan menunjukkan batu karang yang bertukar putih selepas mati disebabkan pelbagai faktor ketika ditemu bual di Akuatrop UMT, Kuala Nerus, 18 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Krim pelindung matahari dan losyen, antara ancaman pada batu karang
Losyen badan serta krim pelindung matahari yang digunakan ketika melakukan aktiviti rekreasi di laut seperti selam snorkel dan selam skuba boleh mengancam batu karang.