awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Air 2.0: Penduduk Terengganu dibekalkan loji rawatan air bergerak

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
04/09/2021
00:44 MYT
Krisis Air 2.0: Penduduk Terengganu dibekalkan loji rawatan air bergerak
Menurut Asyraf, kualiti sumber air daripada loji yang ditempatkan di Dataran Jeram Hulu, Kuala Nerus itu disahkan terjamin oleh Jabatan Kesihatan dan selamat untuk diminum. - Astro AWANI
KUALA NERUS: Penduduk di Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang terjejas akibat krisis air 2.0 sejak 23 Ogos lalu mendapat perhatian pergerakan Pemuda UMNO dalam membantu meringankan beban mereka.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menyediakan 'portable water treatment plant' atau loji rawatan air bergerak sepanjang 12.1 meter, sumbangan Pejabat Perdana Menteri bagi membekalkan sehingga 240,000 liter air sehari.
Menurut Asyraf, kualiti sumber air daripada loji yang ditempatkan di Dataran Jeram Hulu, Kuala Nerus itu disahkan terjamin oleh Jabatan Kesihatan dan selamat untuk diminum.
Asyraf berkata, kemudahan berkenaan yang beroperasi sehingga jam satu pagi diharap dapat memberi manfaat kepada kira-kira 29,000 keluarga yang terjejas.
"Saya bagi pihak pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan mewakili juga Puteri ingin mengucapkan terima kasih pertama sekali kepada pihak Ranhill, kerana berterusan melakukan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) membantu gerak kerja kita untuk membantu rakyat pada kali ini.
"Dan saya juga untuk ingin mengucapkan terima kasih juga kepada Pejabat Perdana Menteri kerana telah menyumbangkan 60,000 karton air mineral untuk diagihkan kepada penduduk-penduduk di sini," katanya.
Asyraf berkata, sebanyak 23 tangki air turut disediakan untuk menampung keperluan penduduk setempat.
Krisis air 2.0 sejak 23 Ogos lalu dijangka berterusan hingga 12 September depan berikutan paip pada dasar Sungai Berangan yang patah masih dalam proses baik pulih.
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#loji rawatan bergerak
#krisis air 2 0
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan