Bilakah krisis air di Lembah Klang akan berakhir?
Penduduk dan pengusaha di kawasan yang mengalami gangguan air terutamanya di Ampang dan Cheras sudah jemu menunggu bekalan air kembali pulih di premis mereka.
Pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sebelum ini membuat kenyataan bahawa masalah gangguan bekalan air di Lembah Klang boleh diatasi dalam tempoh tujuh hari. Namun, Selasa lepas Syabas menyatakan bahawa masalah ini akan berpanjangan sehingga bulan depan.
Penduduk dan pengusaha semakin resah dengan situasi ini dan mahu perkara ini diselesaikan dengan segera. Mereka juga sudah bosan dengan janji-janji manis pihak-pihak berkenaan yang sehingga kini tidak dapat memberikan sebarang jaminan kepada mereka.
Astro Awani membuat tinjauan di beberapa kawasan di Ampang dan Cheras semalam dan mendapati peniaga mengalami kerugian disebabkan gangguan berkenaan.
Penduduk, terutamanya warga emas dan golongan istimewa, merungut bekalan air yang diagihkan oleh pihak Syabas melalui lori dan tangki tidak mencukupi. Mereka juga tidak pasti akan jadual bekalan air yang dibekalkan lori Syabas.
Kanak-kanak sekolah juga merana kerana tidak dapat menggunakan tandas dengan sempurna manakala tempat-tempat beribadat pula tidak mempunyai sumber air yang bersih.
Rata-rata penduduk di kawasan-kawasan berkenaan ingin bekalan air mereka dengan serta-merta supaya dapat menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang masalah.
Ramai juga meluahkan ketidakpuasan mereka di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, menggesa pihak Syabas segera memulihkan bekalan air di kawasan mereka.
Ada juga penduduk yang merungut tidak dapat menghubungi Syabas di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk medapatkan maklumat terkini.
S.Loganathan turut menghadapi masalah yang sama dan terpaksa menunggu lama sebelum dapat bercakap dengan pegawai perkhidmatan yang bertugas.
"Ini kali pertama saya hadapi masalah bekalan air setelah 10 tahun menetap di Taman Nirwana. Saya cuba menghubungi Syabas tetapi terpaksa menunggu 15 hingga 20 minit sebelum disambungkan kepada pegawai bertugas," kata Loganathan.
"Saya memanggil beberapa kali dan diberi jawapan yang sama dimana bekalan air akan disambungkan dalam masa seminggu. Tetapi gangguan air tetap berterusan."
Seorang wartawan Astro Awani yang cuba mendapatkan maklumat dari talian itu juga hanya dapat disambungkan kepada operator selepas 13 percubaan.
Perkara ini juga mendapat perhatian timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang meminta pihak Syabas menyelesaikan segera krisis bekalan air ini apabila melawat Flat Sri Melaka di Cheras semalam.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula berkata Syabas mempunyai “agenda tersembunyi” berdasarkan kenyataan yang tidak konsisten oleh Syabas.
Masalah air di Lembah Klang bermula pada 29 Disember 2012 ekoran kerosakan dua rumah pam di Wangsa Maju dan Pudu Hulu Baru. Pam Wangsa Maju beroperasi pada 2 Januari 2013 manakala pam Pudu Hulu Baru beroperasi sepenuhnya pada 3 Januari 2013.
Namun, Syabas berkata kadar pengepaman terpaksa dihadkan kepada 180JLH berbanding kadar pengepaman biasa iaitu 210JLH.
Astro Awani cuba mendapatkan penjelasan mengenai berbezaan 30JLH dari Syabas tetapi pihak berkenaan berjanji akan membuat kenyataan pada hari Khamis.
Klik untuk galeri foto http://www.astroawani.com/photos/album/krisis-air-60
Astro Awani
Wed Jan 09 2013
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Waqf ETF, pertama di dunia disenaraikan di Bursa Malaysia
Waqf ETF sasar untuk agih pendapatan setiap tahun dengan separuh diperuntukkan sebagai aset Wakaf, separuh lagi dibayar kepada pemegang unit.
Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Polis berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.
Dua kenderaan rosak ‘ditelan’ tanah runtuh
Dua buah kenderaan mengalami kerosakan akibat kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat di Taman Lembah Maju, di sini pada Sabtu.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
MPAJ bantu pemilik lupus kenderaan terbiar secara percuma
MPAJ memaklumkan, pusat sehenti itu merupakan inisiatif baharu MPAJ dalam usaha membantu orang awam menguruskan kereta terbiar dan tidak digunakan lagi.
Tiga wanita ditahan kes samun RM300,000
ACP Mohd Azam Ismail berkata, kesemua suspek ditahan susulan laporan seorang pemilik restoran.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Perkhidmatan LRT terus ke Masjid Jamek bermula esok
Operasi transit aliran ringan (LRT) dari arah Ampang/Sri Petaling dan Putra Heights akan meneruskan perkhidmatan sehingga Stesen Masjid Jamek bermula esok hingga 16 Feb ini.
Lelaki dicekup kes pecah rumah di Ampang
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan pengadu yang mendapati pagar utama terbuka jam 3.30 petang pada hari kejadian.
Tiga hari 'tinggal' bersama mayat bekas kekasih, dua anak dalam rumah
Seorang wanita yang ditemui maut bersama dua anaknya di dalam bilik sebuah apartmen di Kampung Baru Ampang, Ampang di sini, pada Khamis.