awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan

Bernama
Bernama
01/12/2024
11:30 MYT
Curi mesin ATM emas, tiga lelaki tempatan ditahan
Siasatan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membawa kepada penahanan tiga suspek berusia antara 17 hingga 41 tahun di sekitar ibu kota dan Kajang, Selangor, antara 26 Nov dan semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga tempatan termasuk seorang remaja yang dipercayai mencuri mesin pengeluaran automatik (ATM) emas Public Gold di sebuah pasar raya di Ampang, di sini, terpaksa berputih mata selepas mesin itu tidak mempunyai jongkong emas.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek dipercayai mengupah pemandu lori untuk membawa keluar mesin itu dengan menggunakan kenderaan tersebut.
"Polis menerima aduan pada 9.50 pagi 23 Nov lepas berhubung mesin ATM itu telah ditarik keluar oleh individu tidak dikenali. Bagaimanapun mesin itu tidak mempunyai jongkong emas kerana telah dikosongkan dan anggaran kerugian ialah sekitar RM60,000 melibatkan mesin terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan Bahagian Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya membawa kepada penahanan tiga suspek berusia antara 17 hingga 41 tahun di sekitar ibu kota dan Kajang, Selangor, antara 26 Nov dan semalam selain turut merampas sebuah lori daripada suspek bagi membantu siasatan.
Ujian saringan air kecing ke atas suspek juga mendapati salah seorang daripada mereka positif dadah Methamphetamine dan Amphetamine.
"Suspek itu juga memiliki 54 rekod jenayah lampau dan tiga rekod dikehendaki atas kesalahan jenayah dan dadah," katanya dan menambah lelaki itu kini direman selama empat hari bermula hari ini.
Mohd Azam berkata dua lagi suspek diberikan jaminan polis.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#curi mesin ATM emas
#public gold
#Ampang
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan