awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS‑SEZ: Malaysia-Singapura tingkat komitmen, tumpu pelaksanaan
Trump berharap sangat Amerika tidak lancar tindakan ketenteraan terhadap Iran
UTeM, universiti Slovakia bangun makmal AI dan sibernetik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru kabin wanita AirAsia kini dibenar berhijab

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2025
09:10 MYT
Kru kabin wanita AirAsia kini dibenar berhijab
Kru kabin AirAsia memperagakan pakaian seragam baharu di sebuah hotel hari ini. Pakaian seragam baharu ini membolehkan kru wanita memilih untuk memakai hijab semasa bertugas. -- fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: AirAsia mengumumkan pembaharuan dalam polisi pakaian seragam kru kabin, membolehkan kru wanita memakai hijab ketika bertugas.

Ringkasan AI
  • AirAsia mengumumkan pembaharuan polisi pakaian seragam kru kabin, membenarkan kru wanita memakai hijab ketika bertugas, sejajar dengan budaya syarikat serta maklum balas positif daripada kakitangan.
  • Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, menegaskan kepentingan menghormati kepelbagaian tenaga kerja dan pandangan berbeza, yang telah menyumbang kepada kejayaan syarikat.
  • Pakaian seragam merah ikonik AirAsia akan diteruskan, dengan penambahan opsyen hijab dan seluar yang direka khusus, mengekalkan identiti jenama sambil memastikan keselesaan, keselamatan, dan konsistensi di seluruh rangkaian syarikat penerbangan.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Langkah ini selaras dengan budaya syarikat dan maklum balas daripada kakitangan, sekali gus mencerminkan evolusi berterusan dalam perkhidmatan syarikat penerbangan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, berkata antara kekuatan terbesar AirAsia ialah kepelbagaian tenaga kerja dan keterbukaan terhadap pelbagai pandangan.
“Apabila kru kabin mengutarakan perkara ini kepada pihak pengurusan, adalah penting untuk menilainya dengan serius.
"Menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza bukan sahaja sebahagian daripada budaya kami, malah telah membentuk kejayaan kami selama ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Inclusivity never goes out of style. The hijab option will soon be part of our cabin crew uniform pic.twitter.com/AP8hRqizo3
— AirAsia (@airasia) December 5, 2025
Menurut beliau, kru kabin AirAsia sebelum ini memakai hijab untuk laluan tertentu seperti Jeddah bagi mematuhi peraturan tempatan.
Pakaian seragam merah ikonik akan dikekalkan, dengan penambahan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional, mengikut reka bentuk yang digunakan oleh kru di laluan Jeddah.
Pembaharuan ini memperluaskan fleksibiliti kepada semua kru kabin wanita yang memilih untuk memakainya, sekali gus memastikan keseragaman di seluruh rangkaian syarikat penerbangan sambil mengekalkan identiti jenama AirAsia.
Langkah ini diambil bagi memastikan keselesaan, keselamatan dan konsistensi jenama di seluruh rangkaian AirAsia.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah pembaharuan terkini yang diumumkan oleh AirAsia berkenaan polisi pakaian seragam kru kabin? A: AirAsia mengumumkan bahawa kru wanita kini dibenarkan memakai hijab semasa bertugas.
  • Q: Mengapakah AirAsia memutuskan untuk membenarkan kru wanita memakai hijab? A: Keputusan ini diambil berdasarkan maklum balas daripada kakitangan dan untuk mencerminkan kepelbagaian tenaga kerja serta keterbukaan terhadap pelbagai pandangan dalam syarikat.
  • Q: Bagaimanakah reka bentuk pakaian seragam kru kabin wanita yang memakai hijab di AirAsia? A: Pakaian seragam merah ikonik akan dikekalkan, dengan penambahan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional, mengikut reka bentuk yang digunakan oleh kru di laluan Jeddah.

Topic Berkaitan
#Tony Fernandes
#AirAsia
#kru kabin
#berhijab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan