awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
Pope Leo XIV tegaskan hak orang awam Palestin untuk hidup aman
Angkasawan NASA tinggalkan ISS Rabu susulan isu kesihatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru kapal hilang ketika buat kerja ditemui lemas

Sinar Harian
Sinar Harian
23/11/2025
22:15 MYT
Kru kapal hilang ketika buat kerja ditemui lemas
Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu, ditemukan lemas semalam. - Foto Sinar Harian
BUTTERWORTH: Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu ditemukan lemas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mayat lelaki warga Indonesia itu ditemui di Pulau Keramat, Tanjung Bungah kira-kira jam 2.54 petang.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dihubungi bagi membantu untuk mengangkat mayat terbabit.
"Mayat lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang kru kapal dilaporkan terjatuh ketika sedang membuat kerja di atas kapal berkenaan.
Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Khodir, 46 dilaporkan hilang antara jam 10 malam dan 2 pagi pada Jumaat selepas satu laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada jam 3.55 petang Sabtu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#warga Indonesia
#lemas
#kru kapal
#jatuh dari kapal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan