awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kru kapal terjatuh di muara Sungai Terengganu ditemukan lemas

Bernama
Bernama
28/02/2025
01:10 MYT
Kru kapal terjatuh di muara Sungai Terengganu ditemukan lemas
Menurut polis, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat sementara proses pengecaman telah dilakukan oleh bapa dan isteri mangsa.
KUALA TERENGGANU: Kru kapal yang dilaporkan terjatuh ke dalam muara Sungai Terengganu ketika melakukan kerja pembersihan ditemukan lemas berhampiran Masjid Kristal di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mayat Ahmat Nasaruddin Muhamad, 35, dijumpai pekerja restoran sekitar 9.34 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam menerusi sistem MERS 999.
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat. Proses pengecaman telah dilakukan oleh bapa dan isteri mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, kakak mangsa Siti Zarina Muhammad, 42, berkata walaupun sedih, dia dan keluarga lega kerana mayat adik lelaki bongsunya itu telah ditemukan.
Siti Zarina berkata mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dengan hanya kesan luka kecil di kepala dipercayai kesan terhantuk pada objek keras ketika terjatuh.
"Arwah meninggalkan seorang balu yang sedang mengandung lapan bulan dan empat anak perempuan berusia empat hingga 10 tahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sungai Terengganu
#kru kapal
#lemas
#Kuala Terengganu
#jatuh dalam sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan