awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSM kini dikenali sebagai KESUMA, selaras dengan misi strategik kementerian

Bernama
Bernama
03/03/2024
07:15 MYT
KSM kini dikenali sebagai KESUMA, selaras dengan misi strategik kementerian
Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (1 Mac), mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula KSM dengan singkatan KESUMA.
PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah dijenamakan semula dan akan menggunakan akronim 'KESUMA', bagi sebarang urusan rasmi berkaitan kementerian itu bermula Isnin (4 Mac).
Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat (1 Mac), mengambil maklum dan bersetuju tentang penjenamaan semula KSM dengan singkatan KESUMA.
"Dalam dua bulan ini, selaras dengan misi strategik 3K, KESUMA telah memperkukuhkan kerjasama dengan kesatuan sekerja, melaksanakan pembaharuan ke atas institusi Mahkamah Perusahaan Malaysia, tegas memberi penekanan terhadap hak gaji pekerja dan meluaskan liputan skim keselamatan sosial.
"Ia termasuk meningkatkan kualiti latihan kemahiran serta melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan tatakelola di kesemua jabatan dan agensi kementerian," menurut kenyataan kementerian itu, hari ini.
KESUMA dipetik daripada suku kata awal frasa setiap perkataan Kementerian Sumber Manusia (KE.SU.MA), yang merupakan perkataan lama dalam Bahasa Melayu yang bererti 'bunga'.
"Keindahan maksud bahasa ini bersesuaian dengan misi strategik 3K kementerian, yakni memperkasakan Kebajikan, Kemahiran, dan Keberhasilan pekerja," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Sumber Manusia
#KESUMA
#ksm
#kesatuan sekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan