awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSM minta kerjasama syarikat jayakan program saringan dan vaksinasi COVID-19

Bernama
Bernama
31/01/2021
09:48 MYT
KSM minta kerjasama syarikat jayakan program saringan dan vaksinasi COVID-19
Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu dijangka dapat membantu negara menguruskan ekonomi dengan lebih baik selain pemain industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA:Syarikat dalam negara diminta untuk bersama-sama dengan kerajaan menjayakan proses saringan serta vaksinasi COVID-19 yang sedang dan akan dilaksanakan.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan berkata langkah itu dijangka dapat membantu negara menguruskan ekonomi dengan lebih baik selain pemain industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
"Sehubungan itu, Kementerian Sumber Manusia menyeru para pemain industri untuk memberikan kerjasama dan komitmen kepada kerajaan untuk bersama-sama dalam usaha memutuskan rantaian penularan COVID-19.
"Ini susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini termasuk kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang semakin membimbangkan," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata penularan COVID-19 tidak hanya memberikan impak kepada tahap kesihatan masyarakat malah mendatangkan kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
"Justeru, kerjasama dan komitmen semua pihak dalam menjayakan usaha ini amat dialu-alukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ksm
#saringan
#vaksinasi
#COVID-19
#Menteri Sumber Manusia
#M Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan