awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian

Bernama
Bernama
17/12/2019
12:41 MYT
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
ISMAIL: Itu semua persepsi.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ismail Bakar menafikan akan berlakunya pertukaran beberapa ketua setiausaha (KSU) kementerian dalam masa terdekat.
Beliau berkata laporan berhubung perkara itu yang dikeluarkan oleh sebuah portal berita semalam adalah tidak benar dan ia hanya berupa persepsi sesetengah pihak.
"Itu semua persepsi," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tritahunan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) ke-28 di sini, pada Selasa.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan portal berita The Malaysian Insight bahawa lima KSU dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini bagi melancarkan lagi operasi kementerian terlibat.
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya pada konvensyen tersebut, Ismail mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa patuh kepada kerajaan semasa tanpa mengira parti mana yang mentadbirnya.
"Kita sebagai penjawat awam yang dilantik sudah berikrar bahawa kita mesti patuh kepada kerajaan untuk membina bangsa dan negara yang cemerlang pada masa akan datang.
"Integriti mesti dikekalkan ...sebagai pelaksana, kita jalankan tugas dengan berintegriti supaya rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail bakar
#ketua setiausaha negara
#pertukaran KSU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan