awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSN teliti cadangan Kabinet berhubung kod etika pakaian di fasiliti kesihatan, keselamatan

Bernama
Bernama
10/12/2025
11:45 MYT
KSN teliti cadangan Kabinet berhubung kod etika pakaian di fasiliti kesihatan, keselamatan
Fahmi berkata mesyuarat Kabinet hari ini mencadangkan supaya beberapa perkhidmatan barisan hadapan diberi pengecualian daripada Surat Pekeliling KSN bertarikh 1 Dis 2020. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) akan meneliti cadangan Jemaah Menteri berhubung pengecualian kod etika pakaian bagi perkhidmatan barisan hadapan seperti fasiliti kesihatan dan keselamatan.
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata mesyuarat Kabinet hari ini mencadangkan supaya beberapa perkhidmatan barisan hadapan, termasuk balai polis dan premis kerajaan tertentu, diberi pengecualian daripada Surat Pekeliling KSN bertarikh 1 Dis 2020.
Beliau berkata cadangan itu susulan isu tular melibatkan seorang individu yang tidak dibenarkan memasuki balai polis untuk membuat laporan kerana pakaian yang tidak mematuhi etika ditetapkan.
"KSN akan meneliti pekeliling berkenaan dan melakukan beberapa penambahbaikan. Kenyataan lanjut serta pekeliling baharu akan dikeluarkan selepas penelitian selesai," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Fahmi, yang juga jurucakap Kerajaan MADANI, menegaskan pandangan Perdana Menteri bahawa tiada halangan wajar dikenakan terhadap individu yang ingin membuat laporan polis dalam situasi keselamatan.
Semalam, Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata seorang wanita tidak dibenarkan memasuki pekarangan sebuah ibu pejabat polis daerah (IPD) pada Isnin lalu kerana melanggar etika berpakaian yang ditetapkan di premis kerajaan.
Wanita berusia lingkungan 20-an itu datang bersama ibunya untuk membuat laporan kemalangan jalan raya namun tidak dibenarkan masuk kerana skirt yang dipakai lebih pendek daripada paras lutut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KSN
#kod etika pakaian
#premis kerajaan
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan