awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KSrelief Arab Saudi hantar lebih 4,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza

Bernama
Bernama
06/01/2024
14:51 MYT
KSrelief Arab Saudi hantar lebih 4,500 tan bantuan kemanusiaan ke Gaza
Keadaan petempatan sementara yang semakin sesak di Rafah, ketika lebih ramai penduduk Gaza dipaksa berpindah ke lokasi itu. - AP
KUALA LUMPUR: Pusat Bantuan dan Kemanusiaan Raja Salman (KSrelief) Arab Saudi telah menghantar lebih 4,500 tan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.
Menurut Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, bantuan termasuk barangan makanan, bekalan perubatan dan khemah itu dihantar menggunakan perkhidmatan udara dan laut.
Setakat 26 Disembr 2023 sebanyak empat kapal telah menghantar bantuan ke Gaza.
Agensi Berita Arab Saudi (SPA) juga melaporkan bahawa pesawat ke-37 yang membawa bantuan kemanusiaan itu berlepas melalui Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish Mesir pada Jumaat.
Sekurang-kurangnya 22,600 rakyat Palestin terbunuh manakala 57,910 lagi cedera dalam serangan berterusan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut media antarabangsa.
Serangan itu juga menyebabkan 60 peratus infrastruktur di Gaza rosak atau musnah manakala hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal selain terpaksa bergelut dengan masalah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ksrelief
#Gaza
#bantuan kemanusiaan
#Arab Saudi
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan